"Dengan Satu Klik, Lesap Semua Duit" - Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Kena Scam
Jangan klik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perkataan 'scammers' sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia
Terlalu banyak kes penipuan yang berlaku dan ia masih berleluasa sehingga kini. Pelbagai cara penipuan dilakukan terutamanya melalui transaksi online banking.
Sama seperti bebenang yang tular baru-baru ini di Twitter berkenaan seorang wanita telah ditipu duitnya melalui transaksi wang dalam talian. Dia berkongsi pengalamannya melalui ciapan di Twitter.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Scam melalui SMS yang diberikan untuk disahkan dalam bank akaun masing-masing
Menerusi posting tersebut, wanita itu diberikan link melalui pesanan ringkas SMS oleh pihak scammers yang dipercayai pihak bank untuk disahkan melalui online banking pada pukul 12 malam.
Pesanan ringkas itu menyatakan bahawa ada pihak yang sedang mengakses bank akaunnya. Wanita itu panik dan tanpa menyedari itu pihak scammers, wanita terbabit menekan link yang diberikan.
Kemudian, pautan tersebut telah membawanya ke laman bank yang sama seperti laman web bank yang sebenar. Teknik scam ini dikenali sebagai phising scam yang memerlukan pengguna untuk masukkan detail bank dan TAC code.
Sebaik saja anda memasuki TAC Code, duit yang anda miliki dalam bank akan lesap begitu saja.
Take note semua. Jom sebarkan perkongsian ini supaya tak ada yang kena scam lagi!
Image via SAYS Seismik
Baca artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment