Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Diana Danielle Tegur Pensyarah Jangan Selamba Bagi Nombor Telefon Sesuka Hati Pada Pelajar

Tak sangka pensyarah pun ada etika macam ini ya.

Cover image via @diana.danielle (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa terkilan terhadap beberapa pihak yang sesuka hati berkongsi nombor telefon miliknya

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Diana meminta orang ramai untuk tidak membiasakan 'adat' berkongsi nombor telefon seseorang kepada pihak lain tanpa kebenaran tuan badan.

Menurut Diana, dia menerima mesej daripada seorang pelajar yang ingin menemu bualnya untuk projek assignment.

Namun, Diana berasa pelik bagaimana pelajar itu mendapat nombor telefon peribadi miliknya.

Image via @diana.danielle (TikTok)

"Dia kata dia dapat nombor telefon saya daripada pensyarah dia, saya terkejut. Sebab sebagai seorang pensyarah, saya rasa ia sangat penting untuk awak bagi tunjuk ajar langkah-langkah yang lebih profesional untuk menghubungi seseorang.

Awak tak kenal saya, saya tak kenal awak, jadi awak tak boleh sewenang-wenangnya bagi nombor telefon saya kepada pelajar awak, itu nombor peribadi saya," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Nombor telefon kan privasi, kenapa sesuka hati bagi dekat orang lain? Siapa je tak geram kalau jadi macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment