Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Diperkosa Bergilir 4 Lelaki Durjana, Mangsa Tabah Lawan Di Mahkamah Bersama Tunang Disisi

Mangsa tetap tabah menceritakan setiap perincian yang berlaku sehingga peguam tertuduh tidak mampu mencari sebarang kesalahan pada keterangannya.

Cover image via Twitter @minmdnor

Kes rogol adalah antara gejala jenayah yang semakin hari semakin berleluasa di negara ini

Baik di surat khabar mahupun melalui media sosial, boleh dikatakan hampir setiap hari pasti akan terpapar berita tentang jenayah ini. Bukan sahaja wanita bahkan kanak-kanak juga turut menjadi mangsa rogol sang durjana.

Image via Kosmo

Kebanyakan kes rogol akan diakhiri dengan mangsa itu dibunuh, namun buat mangsa yang terselamat, mereka pasti akan mengalami trauma yang cukup mendalam dari segi emosi serta psikologi.

Bahkan, barangkali di keliling kita sendiri, ada mangsa rogol yang tidak kita ketahui. Mereka mungkin memilih untuk berdiam diri kerana khuatir dan bimbang akan persepsi masyarakat pada diri mereka.

Image via Almashhad Online

Oleh yang demikian, sekiranya kita tahu akan adanya di antara saudara-mara kita mahupun sahabat handai yang merupakan mangsa rogol, penting bagi kita untuk sentiasa memberikan sokongan emosi demi membantunya menghadapi trauma fizikal dan psikologikal, serta sokongan moral sekiranya kes rogol itu dihadapkan ke mahkamah.

Menerusi laman Twitter, seorang peguam bahagian jenayah telah berkongsikan satu insiden yang berlaku dalam salah satu kes yang pernah dikendalikannya

Peguam bernama Nur Aminahtul Mardiah itu telah menceritakan kejadian yang menimpa seorang gadis di mana dia telah diperkosa secara bergilir-gilir beberapa tahun lalu.

Menurut Aminahtul, pada waktu kejadian, gadis berkenaan sedang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba dia dilanggar dari belakang, diheret masuk ke dalam kereta lalu dibawa ke sebuah kebun pisang sebelum diperkosa secara bergilir-gilir orang empat orang lelaki.

Image via IDN Times

Mangsa yang ditinggalkan tanpa seurat benang di kebun pisang tersebut kemudian telah membuat laporan polis menyebabkan kesemua suspek ditahan lalu dihadapkan ke mahkamah.

Sepanjang tempoh memberi keterangan di mahkamah, gadis itu tetap tabah menceritakan kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa menitiskan air mata, dia dapat mengingati setiap perincian yang berlaku sehingga peguam tertuduh tidak mampu mencari sebarang kesalahan pada keterangannya.

Image via Sinar Harian

Lebih menyentuh hati lagi apabila tunang gadis itu tetap berada di sisinya sepanjang tempoh dia memberi keterangan di mahkamah. Mereka dikhabarkan telah pun berkahwin oleh peguam tersebut.

Baca thread penuh perkongsian itu di bawah:

Image via Twitter @minmdnor

Image via Twitter @minmdnor

Image via Twitter @minmdnor

Ramai yang memuji ketabahan gadis itu di samping mendoakan kebahagiaannya bersama suami

Image via Twitter @minmdnor

Image via Twitter @minmdnor

Image via Twitter @minmdnor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment