Ditemui Berlumuran Darah, Polis Bantuan Ini Maut Dipercayai Tertembak Diri Sendiri Di KKIA
Punca kematian masih dalam siasatan.
Seorang polis bantuan ditemui mati berlumuran darah di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) semalam, 29 Ogos 2023
Menurut sumber, polis bantuan itu dipercayai menembak dirinya sendiri. Difahamkan, mangsa ditemui rakan sekerjanya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 9.30 pagi.
Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor daripada Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) yang turut ke lokasi kejadian pada jam 10 pagi.
Image via Harian Metro
Sepasukan polis termasuk Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut
Image via Harian Metro
Image via Harian Metro
Lihat video laporan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment