"Dituduh Biadab & Riak" - Sampai Kena Block, Kieda Crepe Ada Isu Dengan Abang Kopi Pula?
Macam-macam hal ya.
Sejak kebelakangan ini, nama usahawan terkenal di TikTok, Kieda Crepe sering menjadi sebutan ramai dek kerana beberapa kisah yang tidak enak sering tular mengenainya
Baru-baru ini, muncul pula isu tentang salah faham antara Kieda dengan seorang TikToker dan penjual di TikTok yang digelar sebagai Abang Kopi telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gara-gara spam komen di live TikTok, Abang Kopi tak puas hati kena blocked dengan Kieda
Menerusi perkongsian video daripada @mixmass88, kelihatan Abang Kopi yang merupakan owner @thesumkopi tampil menyuarakan beberapa perkara yang membuatkannya tidak berpuas hati dengan cara Kieda.
Abang Kopi dilihat telah membuat permohonan maaf atas tindakannya yang membuatkan ramai kurang senang, terutamanya kepada Kieda Crepe.
Menurutnya, dia telah menerima perkongsian followers tentang live TikTok Kieda Crepe dan mendakwa dia tidak boleh melihat sesi live tersebut kerana telah diblock oleh usahawan itu.
Image via @mixmass88 (TikTok)
Gara-gara tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Abang Kopi menggunakan sebuah lagi akaun TikTok untuk memasuki live berkenaan dan bertanyakan sendiri sebab kenapa dia telah diblock.
Kieda menjawab persoalan Abang Kopi itu menjelaskan bahawa dia berasa jengkel dengan komen yang ditinggalkan lelaki itu iaitu 'ada siapa-siapa nak kopi?' dalam video-video TikTok yang viral. Malah, Kieda menganggap apa yang dibuat Abang Kopi itu seolah-olah mengganggu periuk nasinya.
Namun begitu, Abang Kopi kemudian menjelaskan bahawa komen yang ditinggalkannya itu tiada kaitan dengan mengganggu periuk nasi orang lain dan sebagainya.
Image via @mixmass88 (TikTok)
Kieda sempat tegur cara marketing Abang Kopi tak padu
Menerusi live itu juga, Kieda dilihat menegur cara marketing Abang Kopi yang dikatakan tidak ‘padu’ dan membandingkan cara dia mempromosi perniagaan.
Abang Kopi kemudian menjelaskan bahawa terdapat pelbagai cara untuk seseorang membuat promosi atau mendapat perhatian ramai dalam menaikkan perniagaan.
Caranya pula adalah dengan meninggalkan komen di TikTok untuk membuat promosi terhadap bisnes kopinya.
"Apapun, saya nak minta maaf pada semua TikTokers, content creator, account yang ada video viral dan kepada semua orang yang saya ada komen, ‘ada siapa-siapa nak kopi tak?’. Andai kata komen saya melukakan hati anda, maafkan saya. Jujur demi Allah saya tak ada sebarang niat nak melukakan hati siapa-siapa," katanya.
Terbaru, Kieda dan Abang Kopi telah memuat naik video bagi menjelaskan mereka berdua sudah pun berbaik
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment