seismik

"Menyeramkan" - Terlambat Ambil Sebab Leka Main Ping Pong, Jelingan Isteri Buat Ramai Cuak

Good luck lah bang! Haha.

Cover image via @kamarul.azim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya bukan?

Kadangkala, disebabkan perkara kecil saja pasangan suami isteri boleh bertelagah. Sebenarnya, bergaduh dalam rumah tangga juga boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang lelaki terlambat mengambil isterinya balik dari kerja telah menghiburkan warganet di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Leka main ping pong sampai terlupa kena ambil isteri, auto cuak bila nampak jelingan maut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kamarul.azim, kelihatan lelaki itu baru saja tiba di stesen MRT Putrajaya Sentral untuk mengambil isterinya pulang daripada kerja.

Apa yang membuatkan dia cuak adalah rupa-rupanya, dia terlambat mengambil si isteri gara-gara leka bermain ping pong.

Lebih menghiburkan lagi, dia sempat meminta orang ramai mendoakan nasibnya selepas mendapati si isteri memberikan jelingan maut kepadanya.

"Nasib baik dia tak turun seat letak kaki atas dashboard jerit jalann!!!!!" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1M views, 28.8K likes dan 2.2K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan sempat menyakat lelaki itu tentang nasibnya apabila tiba di rumah nanti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Pandai buat, pandai tanggung lah ya bang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: