seismik

"Kalau Tak Suka, Jangan Zalim" - Lelaki Ini Jumpa Kucing Disimbah Cat Putih Tepi Longkang

Apa dosa kucing tu? Haih.

Cover image via @izzat_bashir (X)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan yang paling digemari ramai kerana sifat semula jadinya yang comel

Namun begitu, masih ada segelintir manusia yang gemar melakukan perbuatan zalim kepada haiwan kesayangan ramai ini tanpa sebab.

Seperti sebuah posting yang tular baru-baru ini di laman X apabila seorang lelaki terjumpa seekor kucing yang disimbah cat putih seluruh badan telah mengundang perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Kucing dipenuhi cat putih satu badan ditinggalkan tepi longkang

Menerusi gambar dan video yang dimuat naik oleh @izzat_bashir, kelihatan kucing yang diselaputi dengan cat putih itu seperti sedang meminta pertolongan dalam keadaan yang lemah.

Apa yang membuatkan ramai geram adalah perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh seorang individu yang telah menyimbah cat berkenaan kepada kucing itu dengan sengaja.

Menurut lelaki itu, dia sudah pun memaklumkan dan membuat laporan kepada pihak berkaitan mengenai perkara itu.

Menerusi kemas kini terbarunya, kucing berkenaan dikatakan telah dibersihkan namun masih lagi berada dalam keadaan yang lemah.

"Bang, thank you sebab update. Boleh bagi update lagi ke? Tak sampai hati la, risau sebab dia lemah" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah meraih 145.6K views, 1.3K reposts dan 57 comments di laman X.

Rata-rata warganet turut memberikan reaksi geram dan marah terhadap si pelaku yang tidak berperikemanusiaan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di X:

Apa masalah si pelaku sampai simbah satu badan kucing tu dengan cat? Tak faham betul dengan manusia macam ni :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: