Doktor Mengaku Tidak Bersalah Selepas Didakwa Rakam Punggung & Bahagian Badan Wanita
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Julai lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan merakam video punggung wanita pada Julai lalu
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang bernama Amirul Haqim Ayub, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.
Difahamkan, dia didakwa dengan sengaja mengaibkan kesantunan seorang pekerja kedai penjagaan kecantikan dan kesihatan berusia 27 tahun dengan merakam video punggung dan bahagian badan mangsa menggunakan telefon bimbit.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan di sebuah kedai tempat mangsa bekerja di dalam sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, pada jam 6.30 petang, 12 Julai lalu.
Image via Harian Metro
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada tertuduh.
Sementara itu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum atas alasan anak guamnya perlu menanggung seorang isteri.
Majistret Naidatul Athirah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 30 Disember depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
Berdasarkan laporan polis, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menyusun barang di kedai tempat dia bekerja.
Pemeriksaan rakaman video litar tertutup (CCTV) mendapati, tertuduh mendekati dan merakam video punggung mangsa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment