Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dua Beradik Naik Podium, Kalahkan 15 Negara Lain Dalam Sukan Memanah Berkuda Di Perancis!

Hebat sungguh!

Cover image via @fathimridayu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan dua beradik terbang ke Perancis untuk bertanding dalam sukan memanah berkuda telah mencuri tumpuan ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fathimridayu, kelihatan adik-beradik yang bernama Abdurrahman dan Heba Nursaybah itu bersaing dengan wakil dari 15 negara lain antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat dan Ireland.

Difahamkan, mereka berdua bertanding di Europian Kids Championship 2024 di Gauchoux, Perancis. Abdurrahman, juara keseluruhan kategori U14 dan adik perempuannya, Heba Nusaybah, naib juara kategori U12.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah apabila kedua-dua mereka berjaya naik ke podium dan mengalahkan peserta lain yang hebat-hebat belaka.

Image via @fathimridayu (TikTok)

Image via @fathimridayu (TikTok)`

Ibu dedah tiada tajaan daripada mana-mana pihak, hanya guna duit simpanan sendiri dengan hasil berniaga demi kejayaan anak-anak

Susulan tularnya video tersebut, ada netizen bertanya sama ada mereka pergi ke sana sendiri atau ditaja oleh kerajaan.

Menurut ibu mereka, hanya dia dan dua anaknya itu saja yang pergi ke Perancis. Malah, mereka memang mengeluarkan kos secara sendiri.

"Ya tajaan sendiri, pergi bertiga saja, saya lah manager, sayalah coach mereka. Dana atuk nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit utk kumpul dana. Negara France kosnya amat lah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat ke Championship di Eropah ni walaupun mahal? Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah berkuda mostly dari France. Nak belajar at the same time.

"Team negara lain sampai-sampai airport, ada kenderaan yang menjemput. Kami naik public transport je sbb nak berjimat. Dari airport Paris ke bandar Limoges naik bas 5 jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik train lagi sejam. Angkutlah bag-bag semua 3 beranak.

"Lokasi pertandingan jauh dari Bandar Paris. Jaraknya macam KL dengan Perlis. Makan pun bawa ready-to-eat food dari Malaysia. Punya nak berjimat. Kalau makan makanan yang urusetia sediakan, kena bayar €40 sehari/pax. Dalam RM200 seorang. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Pengalaman yang mahal tapi berbaloi," katanya.

Image via @fathimridayu (TikTok)

Image via @fathimridayu (TikTok)

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bangga dengan kejayaan mereka

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment