Dulu IKEA Tempat Best Untuk Dating, Tapi Lepas Kahwin Jadi 'Nightmare' Pula Bagi Suami
"Husbands went in with a smile, went out with jaded faces" - Netizen.
Tidak dapat dinafikan lagi, IKEA merupakan 'syurga' bagi mereka yang suka shopping barang keperluan dan dekorasi rumah dengan sendiri (DIY)
Bukan saja barangannya yang cantik dan up to date, malah harganya juga berbaloi dan sesiapa saja yang masuk ke dalam IKEA pasti akan keluar dengan sekurang-kurangnya dua troli.
Mana tidaknya, hampir kesemua sudut dalam IKEA pasti menarik pandangan dan akhirnya kita pasti terjebak untuk membeli barangan di situ.
Ada kalanya, barangan yang sudah dirancang untuk beli akhirnya terpesong ke benda lain sebab semua nampak cantik! Betul tak?
Begitulah gambaran sebuah ciapan tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter baru-baru ini mengenai kehidupannya sebelum dan selepas berkahwin gara-gara IKEA.
Lihat ciapan penuh itu di bawah:
Dulu IKEA tempat paling best kalau nak dating, tapi lepas kahwin terus jadi nightmare untuk suami
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Megat 'Adli di laman Twitter milik peribadinya, dia meluahkan perasaannya bagi pihak para suami di luar sana tentang keadaan mereka sebelum dan selepas berkahwin.
Menurutnya, IKEA merupakan tempat yang paling digemari bagi pasangan sebelum kahwin untuk berdating dan boleh fefeeling kononnya. Tetapi sebaik saja sudah berkahwin, tempat itu automatik jadi nightmare bagi para suami.
Bagi mereka yang faham dengan side jokes ini pasti boleh relate dengan situasi masing-masing bukan? Hal ini kerana kebanyakan suami pasti akan kena 'pow' dengan isteri setiap kali masuk IKEA dan akhirnya keluar dengan troli yang penuh, termasuklah dengan Megat.
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
"Itu sebab kalau masuk IKEA, kena pegang tangan isteri. Lepas tu tarik laju-laju dan gunakan shortcut sebaik mungkin" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, ciapan Megat telah berjaya meraih 7,010 retweets, 17.6K likes serta 765 quote tweets di Twitter.
Rata-rata netizen terhibur dengan ciapan ringkas itu dan masing-masing turut berkongsi riak muka suami mereka apabila pergi ke IKEA. Kebanyakannya keluar dengan 'muka ketat' kerana para isteri shopping tak ingat dunia sampai penuh 3 hingga 4 troli.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Image via @TheFunSizeGuy (Twitter)
Bertabahlah ya para suami, happy wife happy life kan? :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment