Ebit Lew Menang Saman Ke Atas Mondy, Mahkamah Arah Bayar RM20,000 - "Next Turn Caprice"
Tak habis lagi rupanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan Mondy Tattoo membayar RM20,000 kepada Ebit Lew susulan kes podcast yang pernah disiarkan Caprice
Menerusi sebuah hantaran Ebit Lew di Facebook, dia berkongsi berita keputusan berkaitan kes fitnah yang melibatkan dirinya, Mondy dan Caprice.
Pembayaran itu adalah sebagai ganti rugi kerana membuat kenyataan pendakwah itu telah melakukan gangguan seksual terhadap Mondy didedahkan di dalam siri podcast YouTube Caprice.
“Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya.
Image via Ebit Lew (Facebook)
Akan fokus saman terhadap Caprice pula
Tambahnya lagi, samannya terhadap Caprice atas sebab menyiarkan podcast tersebut akan dijalankan pada pertengahan tahun ini.
"Saman saya kepada Caprice yang menyiarkan podcast itu akan berlangsung pada bulan Mei 2025 ini, InsyaAllah setelah menunggu setahun," tulisnya.
Sebelum ini, Mahkamah telah memerintahkan untuk video-video tersebut dipadam selepas Ebit Lew memperoleh perintah injunksi bagi menghalang Caprice dan Mondy mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan reputasi penceramah bebas itu.
Ebit Lew sebagai plaintif telah menamakan Caprice dan Mondy Tattoo sebagai defendan pertama dan kedua.
Lihat postingan itu di bawah:
Image via Ebit Lew (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel berkaitan isu ini di SAYS Seismik:
Leave a comment