Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Empayar: The Melaka Chronicles Kini Boleh Dimuat Turun - "Mobile Game Versi Malaysia!"

Permainan ini diinspirasikan oleh sejarah zaman dahulu di negeri Melaka.

Cover image via IGN Southeast Asia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman dahulu, negeri Melaka terkenal dengan aktiviti maritim dan perdagangan serta menjadi destinasi tumpuan pedagang dari seluruh dunia seperti dari Timur Tengah, China dan India

Image via Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Pelbagai produk khususnya rempah ratus, emas dan sutera yang dibawa dari serata tempat didagangkan di pelabuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang pernah memonopoli di situ ratusan tahun lalu.

Permainan mudah alih buatan Malaysia, Empayar: The Melaka Chronicles kini sudah boleh dimuat turun

Image via Empayar: The Melaka Chronicles

Image via Empayar: The Melaka Chronicles

Difahamkan, keagungan kerajaan Melaka telah menjadi inspirasi kepada penghasilan sebuah permainan mudah alih buatan Malaysia iaitu Empayar: The Melaka Chronicles.

Menurut Wiser.my. permainan itu berkonsepkan dunia terbuka dan genre RPG bernama Empayar: The Melaka Chronicle dibangunkan oleh Universe Interactive Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Illogical Sdn. Bhd., Studio Kembara dan Luncai Emas.

Permainan tersebut menawarkan pengalaman mirip seperti bermain Assassin's Creed dan peluang untuk meneroka Kota Melaka pada zaman emasnya.

Lihat video di bawah:

Ia mengisahkan tentang Andika iaitu karakter utama yang merupakan seorang pahlawan yang bertanggungjawab menjaga keamanan Kota Melaka daripada ancaman dalam mahupun luar.

Apa yang menariknya, permainan yang dibuat oleh 100 peratus tenaga tempatan ini turut mendapatkan khidmat Dato' M. Nasir untuk lagu tema rasminya.

Empayar: The Melaka Chronicles sudah pun tersedia untuk dimuat turun menerusi platform Google Play Store dan Apple App Store

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment