[FAKTA] 5 Kerabat Diraja Ini Pernah Menjadi Atlet & Bertanding Dalam Sukan SEA
Bukan sahaja di Malaysia tapi terdapat kerabat diraja dari pelbagai negara.
Debaran kian terasa apabila Sukan Asia Tenggara atau SEA Games kini semakin menghampiri
Bertempat di Phnom Penh, Kemboja dengan 11 negara Asia Tenggara yang bakal membuat penampilan menjadikannya pusat tumpuan ramai.
Kalau kita bercakap tentang atlet-atlet yang mewakili negara masing-masing sudah pastinya yang terlintas dalam fikiran kita adalah rakyat biasa.
Tapi tahukah anda bahawa kerabat diraja juga pernah ikut turut serta bertanding dalam Sukan SEA ini?
Berikut adalah lima kerabat diraja dari pelbagai negara yang pernah masuk bertanding sebagai atlet di sukan SEA.
1. Raja Bhumibol Adulyadej (Pelayaran)
Image via The Economist
Raja Bhumibol Adulyadej yang juga turut dikenali sebagai Rama XI merupakan Raja paling lama memerintah di Thailand iaitu selama 70 tahun.
Memerintah daripada tahun 1946 sehingga 2016, baginda merupakan seorang tukang yang berbakat dan membina banyak bot pada zamannya.
Bukan itu saja, baginda juga seorang ahli sukan dan pelayar yang luar biasa menjadikannya wakil buat negara Thailand dalam sukan pelayaran serta memenangi pingat emas dalam sukan tersebut pada tahun 1967 ketika Bangkok menjadi tuan rumah Sukan SEA.
Image via Derani Yachts
Image via Kata Rocks
Image via Marine Scene Asia
2. Sultan Mizan Zainal Abidin (Ekuestrian)
Image via New Straits Times
Sultan Terengganu yang memerintah daripada tahun 1998 sehingga kini ini pernah menjadi atlet yang mewakili Malaysia di SEA Games yang bertempat di Kuala Lumpur pada tahun 2017 edisi ke-29.
Tahukah anda bahawa baginda juga menyumbangkan dua pingat emas buat negara menerusi acara berpasukan dan acara sukan lasak dalam kategori individu dengan catatan 3 jam 48 minit 38 saat.
Image via Media Hiburan
Image via New Straits Times
3. Putera Abdul Mateen Bolkiah (Polo)
Image via OH MY MEDIA
Putera kesepuluh Sultan Brunei yakni anakanda Sultan Hassanal Bolkiah ini merupakan wakil atlet dalam sukan polo di Sukan SEA.
Berjaya merangkul pingat gangsa buat negara Brunei di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 2017 dan Filipina tahun 2019.
Mempunyai wajah yang tampan, aktif bersukan menjadikannya atlet kerabat diraja yang paling menyerlah dan mendapat perhatian ramai.
Image via Pinterest
Image via Berita Harian
Image via Berita Harian
4. Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya (Ekuestrian & Badminton)
Image via Diva MY
Puteri Thailand iaitu anakanda Raja Vajiralongkorn merupakan atlet yang mewakili negara Thailand dalam acara sukan ekuestrian. Sebagai rekod, Puteri Sirivannavari memenangi pingat emas, perak dan gangsa.
Bagi mereka yang tidak tahu, Puteri Sirivannavari ini pernah menceburi sukan badminton dan memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2005.
Bukan itu sahaja, puteri ini juga pernah mewakili negaranya dalam sukan ekuestrian yang berjaya meraih pingat dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Selain daripada pembabitannya dalam acara sukan, puteri ini turut memiliki jenama fesyen sendiri iaitu Sirivannavari.
Image via Astro Awani
Image via Murai MY
Image via Daily Star
5. Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah (Polo)
Sama seperti adiknya Putera Mateen, Puteri Azemah juga pernah mewakili Sukan SEA Filipina 2019 dan Kuala Lumpur 2017 yang menyaksikan baginda telah memenangi pingat gangsa bagi acara sukan tersebut.
Paling menarik Puteri Azemah juga pernah berentap bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur.
Image via Media Permata Online
Image via New Straits Times
Menarik kan fakta-fakta ini? Jadi mari kita sama-sama saksikan Sukan SEA yang akan bermula Mei ini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment