Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

FBI Senarai 3 Pemimpin NGO Islam Malaysia Ini Dalam 'Pusat Pemeriksaan Pengganas'

Untuk rekod, ketiga-tiga pemimpin tersebut terlibat secara aktif dalam menguruskan bantuan kemanusiaan ke Asia Barat.

Cover image via Anadolu Agency CNET

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menyenaraikan tiga pemimpin daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berbeza di Malaysia dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC)

Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin tersebut terlibat secara aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat.

Susulan itu Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Menurut Berita Harian, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari mengesahkan kesahihan surat pemakluman berkenaan yang diterimanya daripada Kementerian Luar bahagian Asia Barat, kelmarin.

Jelas beliau lagi, surat berkenaan adalah tentang pemakluman secara rasmi daripada Kementerian Luar namun tidak menyangka dokumen berkenaan dibocorkan dan ditularkan di media sosial.

Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari (tengah).

Image via Bernama via Astro Awani

"Surat itu memaklumkan tiga individu berkenaan dalam senarai TSC FBI, untuk pemakluman sahaja. Tak tahulah siapa yang membocorkan surat itu.

"Surat berkenaan sahih. Surat berkenaan adalah surat pemakluman daripada Kementerian Luar bahagian Asia Barat kepada saya," katanya.

Untuk rekod, Ops Ihsan diilhamkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebagai satu usaha kerjasama antara Kementerian Luar dan NGO bagi menggerakkan sokongan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

Ops Ihsan diselaraskan Kementerian Luar, diketuai Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) bersama lebih 50 NGO lain, termasuk Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, Mercy Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Bercadang menghubungi tiga NGO terbabit serta tiga penama itu, namun tidak sempat berbuat demikian kerana surat berkenaan terlebih dahulu dibocorkan

Jismi berkata selepas menerima surat pemakluman berkenaan, pihaknya merancang mengadakan mesyuarat bersama Sekretariat Induk Ops Ihsan Isnin ini untuk membincangkan sebarang bentuk tindakan lanjut.

"Saya perlu berbincang dengan ahli sekretariat dan jawatankuasa Ops Ihsan untuk tindakan seterusnya dan bercadang menghubungi tiga NGO terbabit serta tiga penama itu bahawa mereka tersenarai dalam senarai pemerhatian FBI.

"Kita tidak mahu perkara ini menjadi kecoh namun saya tidak sempat berbuat demikian kerana surat berkenaan terlebih dahulu dibocorkan," katanya.

Jismi berkata buat masa ini penyenaraian tiga nama individu terbabit dalam senarai TSC berkenaan tidak akan menjejaskan kerja dan operasi Ops Ihsan yang sedang dijalankan atau akan dijalankan.

"Operasi Ops Ihsan hanya membabitkan NGO dan tiga individu ini tidak terbabit secara langsung pun dengan perjalanan Ops Ihsan, yang terbabit adalah organisasi (NGO) mereka," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via CNET

Mengulas lanjut, Jismi berkata pihaknya kesal dengan pembocoran dan penularan surat berkenaan yang disifatkan sebagai satu perkara yang tidak wajar berlaku kerana boleh memberi persepsi negatif terhadap tiga individu terbabit.

"Saya cuma kecewa kerana surat itu ditularkan sebab nama-mana individu itu dipamerkan.. ia melibatkan peribadi dan juga kerahsiaan identiti, maka ia akan memberi impak kepada individu berkenaan.

"Sebolehnya saya tidak mahu perkara ini menjadi kecoh. Tetapi bila surat ini sudah keluar (tular), kesianlah pada mereka. Mereka terpaksa menjawab, persepsi orang terhadap mereka itu yang kita tidak mahu kita pun tak tahu tahap siasatan FBI ini, mungkin disyaki sahaja.

"Mereka pun tidak tahu bagaimana mereka bertiga boleh termasuk dalam senarai itu. Saya memilih untuk bersangka baik sahaja," katanya.

Pada Disember tahun lalu, Pengarah FBI, Christopher A Wray datang ke Malaysia dan membuat beberapa kunjungan hormat ke beberapa agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selain mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Difahamkan, pertemuan adalah perbincangan susulan daripada pertemuan Saifuddin dan Christopher di Washington pada 23 September tahun lalu bertujuan membincangkan kerjasama risikan, pengurusan kes berprofil tinggi serta aspek pembangunan kapasiti antara Malaysia dengan AS.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyemak fakta berhubung tindakan FBI menyenaraikan tiga pemimpi NGO Islam negara ini dalam TSC

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Image via Berita Harian

Dalam perkembangan lain menerusi laporan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berhubung perkara itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat.

"Saya pun baru mengetahui perkara itu dua hari lalu dan saya sudah menghubungi Ketua Polis Negara untuk diberikan gambaran yang lebih tepat mengenai perkara berkenaan.

"Apa yang kita tahu ialah FBI membuat request (permohonan) berkaitan perkara itu jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat, saya tak bersedia untuk memberi fakta tangkap muat atau samar-samar," katanya.

Lihat surat yang ditularkan itu di bawah:

Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment