Feri Rosak, Wanita Cina Murah Hati 'Offer' Juadah Berbuka Puasa Pada Semua Penumpang Islam
Feri itu rosak semasa sedang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai bangsa dan agama
Meskipun begitu, perbezaan dari segi agama dan adat resam ini bukanlah bererti rakyat tidak boleh menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan harmoni.
Bahkan, jika setiap anggota masyarakat sudi untuk mempelajari dan mengambil tahu tentang adat resam dan agama bangsa lain, maka tidak mustahil bagi kesepakatan di antara ahli masyarakat itu berlaku.
Yang penting, perlu ada sikap saling bertolak-ansur, hormat-menghormati dan tolong-menolong di antara semua tidak kira bangsa mahupun agama.
Baru-baru ini seorang lelaki telah menceritakan pengalamannya menerima makanan berbuka puasa dari seorang wanita berbangsa Cina ketika feri yang dinaiki mereka rosak
Image via Facebook Nasx Seth
Dalam sebuah pos di laman Facebook, pengguna yang dikenali sebagai Nasx Seth itu telah menceritakan bagaimana dia tidak menyangka akan berdepan dengan situasi feri yang dinaikinya rosak dan berlanjutan sehingga masuknya waktu berbuka puasa di kala bulan Ramadan.
Dia yang hanya berbekalkan air pada ketika itu tiba-tiba didatangi seorang wanita berbangsa Cina lalu memberikannya coklat. Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut bangun lalu mengagihkan coklat kepada semua penumpang beragama Islam yang berada dalam feri tersebut pada ketika itu.
Image via Facebook Nasx Seth
Image via Facebook Nasx Seth
Meskipun hanya sekadar coklat namun keikhlasan yang ditunjukkan wanita terbabit ternyata membuatkan dirinya berasa terharu.
Bukan itu sahaja, tetapi lelaki tersebut turut diberi KFC oleh seorang lagi warga berbangsa Cina yang duduk di belakangnya
Image via Facebook Nasx Seth
Tindakan lelaki berbangsa Cina itu benar-benar membuat penulis tersentuh sehingga terjurai air matanya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Image via Facebook Nasx Seth
Lagi artikel di SAYS:
Leave a comment