Orang Islam Berpuasa, Bukan Islam Kena Buat Apa? Ini 8 Panduan Ramadan Buat 'Non-Muslims'
Kami cool je sebenarnya kalau nak makan depan-depan pun. :)
Bulan Ramadan iaitu bulan paling suci dalam kalendar Islam, kembali lagi!
Bulan mulia ini memang antara bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam.
Selain berpuasa, bulan Ramadan cukup sinonim dengan amalan berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan, budaya berkunjung ke masjid untuk solat terawih, kemunculan bazar Ramadan pada waktu petang, dan banyak lagi.
Boleh kata, bulan puasa ni memang seronok bagi yang beragama Islam.
Tapi bagaimana pula untuk yang Non-Muslims? Apa yang mereka perlu buat sebenarnya?
Nak kata tak kisah langsung, sebenarnya mereka kisah dan cukup peka dengan bulan Ramadan.
Cuma mungkin mereka risau takut buat apa-apa yang boleh mendatangkan sensitiviti pada umat Islam.
Jadi Non-Muslims sekalian, apa yang anda perlu buat supaya tidak dilihat sebagai tidak peka terhadap sahabat Islam anda yang sedang berpuasa ini?
Ikuti tips ini:
1. Boleh je nak makan depan kami...
Untuk 30 hari yang akan datang ni, umat Islam di seluruh dunia kena menjauhkan diri daripada makan dan minum dari waktu siang hari sampai senja. Tapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh makan atau minum depan kami. Kami relax je!
Cuma, pekakkan jelah telinga tu kalau terdengar bunyi perut kami berkeroncong kelaparan. ;)
2. ... tapi jangan pula ajak kami makan tengahari bersama
Manalah tahu terlupa sekarang ni bulan puasa sampai ajak kami makan tengahari bersama.
Nak ajak boleh tapi faham-fahamlah kalau kami tolak ajakan tu ya? Hehe.
3. Anda tidak perlu pun berpuasa dengan kami...
Tapi boleh je kalau nak cuba-cuba, nak rasa berpuasa tu macam mana.
Tapi kalau tak nak cuba juga, jangan risau. Kami okay dan tak menyinggungkan perasaan kami langsung!
4. ... tapi kalau nak berbuka puasa dengan kami, boleh sangat!
Iftar, istilah lain bagi berbuka puasa selalunya pada waktu terbenam matahari atau sunset.
Kami okay sangat kalau ada rakan-rakan yang bukan Islam nak berbuka puasa dengan kami.
Lagi ramai yang join, lagi best! Boleh kongsi-kongsi juadah berbuka!
5. Kalau nak buat meeting sambil minum kopi pun kami takde hal...
Tidak, kami tetap tak boleh minum kopi tu, atau apa-apa airlah.
Tapi kami okay je sambil meeting tu anda nak hirup kopi. Aduhai, sedapnya kopi!
6. ... tapi kami akan duduk jauh sikit dari anda
Pernah dengar istilah 'Halitosis'? Halitosis tu maksudnya nafas berbau.
Cuba anda tak makan atau minum seharian. Gamaknya memang busuk habis nafas!
Sebab tu kami pilih untuk berdiri jauh sikit dari anda apabila bercakap time bulan puasa ni.
7. Anda boleh nak ucap 'Ramadan Mubarak'
Tepis lah kontroversi kata yang bukan Islam tak boleh ucap Ramadan Mubarak pada yang Islam.
Ramadan Mubarak tu maksudnya 'Selamat Ramadan' je pun.
Cuba wish pada kawan-kawan anda yang sedang berpuasa. Mesti mereka suka dan hargai keprihatinan anda. :)
8. ... tapi jangan pula kata, "Saya nak berpuasa juga sebab nak turunkan berat badan"
Berpuasa pada bulan Ramadan bukan pasal nak turunkan berat badan. Lebih besar makna Ramadan itu sebenarnya.
Ia adalah untuk mendisiplin keinginan dan nafsu manusia di samping mengajar erti sabar.
Tambahan pula, laporan CNN mengatakan salah satu kesan sampingan berpuasa pada Ramadan adalah obesiti akibat makan berlebihan sewaktu berbuka.
Oleh itu, makan time berbuka pun kena bersederhana ya!
Selamat menunaikan ibadah puasa semua!
Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada yang lepas. :)