Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Filem Animasi Dongeng Sang Kancil Boleh Ditonton Di Netflix Bermula 26 Mac Ini

Balik kampung nanti boleh tengok satu keluarga!

Cover image via eCentral Netflix

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi mengumumkan filem animasi Dongeng Sang Kancil terbitan oleh pihaknya bakal keluar di Netflix 26 Mac ini

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau memberitahu kemasukan filem animasi tersebut ke Netflix merupakan sebuah projek yang ingin membawa hasil karya tempatan di mata dunia.

"Berhadapan dengan cabaran kandungan Netflix memintas kandungan-kandungan Malaysia yang lebih menumpukan pada negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, terdapat dorongan untuk memperkukuh industri filem tempatan dan membawa potensi kreatif Malaysia di pentas global.

"Apabila kami menerima projek ini, terdapat klausa dalam kontrak yang menghalang kami daripada mengumumkannya, oleh itu sangat sedikit yang diketahui tentang projek ini di luar studio kami.

"Tidak lama selepas kemunculan filem ini di pawagam, ia bakal tersedia di Netflix, dengan tarikh yang ditetapkan adalah pada 26 Mac 2025,"
tulisnya.

Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi

Image via BroFramestone

Kolaborasi bersama Netflix mampu membawa nama filem Malaysia ke platform antarabangsa

Mengakui kerjasama bersama Netflix mungkin tidak mampu menampung kembali kos pengeluaran projek tersebut, Burhanuddin optimis ia tetap akan membuahkan hasil terhadap industri perfileman negara.

"Inisiatif ini boleh dianggap sebagai pelaburan strategik untuk hasil karya kebanggaan negara serta landskap budaya, dengan harapan untuk menghidupkan semula pawagam tempatan dan mempamerkan bakat dan kreativiti yang ada di negara ini.

"Usaha sedemikian boleh memangkin peluang masa depan dan memupuk persekitaran di mana kandungan Malaysia boleh berkembang dan akhirnya mendapat pengiktirafan yang sepatutnya di platform antarabangsa," tulisnya di Facebook.

Lihat hantaran penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment