seismik

Bekas Peniaga Kongsi Jual Air Balang Di Bazar Ramadan Boleh Capai Untung Hingga RM200,000

Untung besar tu!

Cover image via @umarmaggi (X) & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan hanya berniaga air balang di bulan Ramadan, tahukah anda boleh mendapat keuntungan sehingga RM200,000!

Itulah yang dikongsi oleh @umarmaggi menerusi hantarannya di X memberitahu hasil keuntungan yang bakal anda peroleh jika berniaga air balang semasa bulan Ramadan.

Menerusi hantaran itu, dia yang juga pernah berniaga air balang semasa bulan Ramadan sebelum ini berkongsi cara pengiraan keuntungan yang boleh diperoleh peniaga air balang bazar Ramadan.

Menurutnya, jika sesebuah perniagaan air balang itu berjaya menjual dengan kuantiti yang tinggi sepanjang bulan Ramadan, keuntungan bersih yang boleh mencapai sehingga RM200,000

Image via X

Pengiraan tersebut turut menunjukkan hasil keuntungan yang boleh diperoleh jika kuantiti jualan adalah rendah dan sederhana

Dia berkongsi pengiraan tersebut dengan membahagikan anggaran kuantiti jualan kepada tiga kuantiti iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

Pengiraan tersebut turut melibatkan penolakan kos seperti kos pengeluaran dan pembungkusan serta kos perbelanjaan operasi.

Bagi kos pengeluaran dan pembungkusan untuk jualan dengan kuantiti yang tinggi, kos pengeluaran dan pembungkusan terkumpul mencecah sehingga RM80,000 manakala kos perbelanjaan operasi mencapai jumlah lebih RM30,000.

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Memberi mesej sesebuah perniagaan itu ada turun dan naiknya

Mengakhiri perkongsian tersebut, dia tidak menolak kemungkinan kerugian yang boleh dihadapi peniaga.

"Tapi tak dinafikan, bisnes ada pasang surut, turun naiknya. Kalau hari panas cantik, maybe boleh jual lebih dua ribu cup. Kalau hari hujan?

"Hanya tuhan yang tahu boleh jual berapa. Maybe 20. Tapi memang macam tu lah bisnes,"
tulisnya.

Lihat hantaran penuh di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: