Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Filem Padat Dengan Aksi, 'Mustaqim' Eksklusif Hanya Di Tonton, Jangan Lupa Strim Sekarang!

Jom support filem lokal!

Cover image via Tonton

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Eksklusif hanya di Tonton, filem yang padat dengan aksi, 'Mustaqim' kini menggemparkan para peminat filem di platform penstriman video Tonton

Image via Tonton

'Mustaqim' membawakan sebuah naratif emosi yang dramatik di samping elemen aksi yang mendebarkan. Walaupun tidak memiliki pencapaian pendidikan yang tinggi, Mustaqim tetap optimistik untuk mencapai kejayaan di bandar besar.

Perjalanan hidup Mustaqim semakin membuahkan hasil apabila dia mula menjadi seseorang yang berpengaruh. Tetapi tanpa disedari, ia kian memakan diri. Sehinggalah satu hari, dia cuba untuk meloloskan diri dari segala kegiatan terkutuk yang dilakukannya.

Namun, tindakannya untuk meninggalkan jalan hitam itu bukanlah semudah yang disangka. Razif, watak antagonis dalam filem ini seringkali memberi amaran kepada Mustaqim untuk membahayakan keluarganya sekiranya dia cuba untuk keluar dari dunia gelap yang bergelumang dengan dosa dan jenayah.

Akhirnya, dapatkah Mustaqim menuju jalan yang lurus walaupun sering digugat ketua sindiket dadah yang berpengaruh itu?

Mustaqim, watak utama filem ini yang dilakonkan oleh MK K-Clique dijangka meninggalkan kesan emosi kepada para penggemar filem dengan perwatakannya yang penyayang walaupun terlibat dalam jalan hitam

Image via Tonton

Filem ini turut menampilkan lakonan yang mengagumkan daripada gandingan hebat pelakon-pelakon tempatan termasuk Syafie Naswip sebagai Razif iaitu ketua sindiket dadah dan juga Rita Nadira sebagai Sofea, gadis kampung yang naif.

Apa yang anda tunggu lagi? Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM9.90 dan alami sendiri pengalaman aksi penuh drama dengan ‘Mustaqim’. Jangan lepaskan peluang untuk menonton kandungan Tonton di Smart TV sekarang! Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di laman-laman media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan #Mustaqim. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, X, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment