"Lama Betul Tunggu" - Gadis Ini Cuba Terjun Tapi Reka Bentuk Kolamnya Pula Jadi Tumpuan
Kenapa ada tingkap?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesetengah rumah mempunyai kolam yang direka untuk bermandi-manda bersama keluarga
Kebiasaannya kolam renang akan berbentuk segi empat yang memanjang dan mempunyai tangga di sebelahnya. Kedalaman kolam renang juga mempunyai ukuran sehingga 2 meter.
Baru-baru ini tular sebuah video TikTok yang memaparkan seorang gadis cuba untuk terjun kolam renang di rumahnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lama nak tunggu dia terjun, reka bentuk kolam pula curi tumpuan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis bersama ayahnya sedang berada di luar kolam rumah mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu dilihat takut untuk terjun setelah ditunggu oleh keluarganya. Lebih melucukan lagi, si ayah bertindak untuk menolak anaknya itu terjun ke dalam kolam tersebut.
Di samping itu, netizen pula tertumpu pada reka bentuk kolam yang mempunyai tingkap. Perkara itu meninggalkan pelbagai teka-teki.
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
"First time aku tengok kolam ada tingkap" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tertanya-tanya mengapa ada tingkap di sebuah kolam. Malah, ramai yang penat menunggu gadis itu terjun.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 2.2M tontonan, 124K tanda suka, 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
Image via @zuera_honneyzz (TikTok)
Kejap macam mana dia nak keluar dari situ agaknya ya? :'D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment