seismik

[VIDEO] "Muka Kena Paksa" - Reaksi Member Tak Puas Hati Bila Suruh Datang Mandi Sungai

Dengan helmet sekali ya!

Cover image via @tunyyy22 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pelbagai aktiviti outdoor yang menjadi kegemaran anak muda sekarang

Sebagai contoh, aktiviti hiking, mandi sungai, piknik dan banyak lagi. Kadangkala kita excited sehingga membuat plan bersama rakan-rakan untuk pergi melakukan aktiviti yang digemari. 

Namun begitu, lain pula video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki kelihatan dipaksa untuk mandi sungai telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@tunyyy22

Bile membe call paksa2 kau datang nak mandi sungai punya pasal be like hahaha #fyp

original sound - Tunyyy22 - Tunyyy22

Selamba turun daripada motor dan terus terjun dalam sungai

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motosikal dengan bertopi keledar untuk mencari parking untuk motornya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila lelaki itu dilihat selamba turun dari motosikal dan terus terjun ke dalam sungai. Lebih melucukan lagi, dia masih belum menanggalkan topi keledarnya.

Video yang berkapsyenkan "Bila member call paksa-paksa kau datang nak mandi sungai punya pasal be like" itu telah mengundang pelbagai komen netizen. 

Lihat video asli penuh itu di bawah:

@tunyyy22

Reply to @amrie.yt atas permintaan orang ramai ni la video tanpa lagu…kecohhhh mart hahahahaha #fyp

original sound - Tunyyy22 - Tunyyy22

"Member dah tahan lama atas motor tu pasal terus terjun tak sempat cari port belakang pokok nak kencing" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu. Malah, ramai yang menyakat tindakannya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 970K tontonan, 126K tanda suka dan 3K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai kelakar lah bang, tak sabar sangat nak terjun ke tu? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik