Berjaya Turun Sehingga 21KG, Gadis Ini Kongsi Idea Menu Makanan Diet Suku Suku Separuh!
Dalam masa 3 bulan, Syabella berjaya menurunkan berat badan daripada 90kg kepada 69kg.
Orang kata kalau nak turunkan berat badan kena amalkan pemakanan diet suku suku separuh
Diet suku suku separuh ini adalah mengenai pengambilan makanan yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur-sayuran atau buah-buahan.
Image via That Nutrition Girl
Selain merupakan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, konsep diet ini juga dipercayai sangat bagus untuk diamalkan oleh semua orang dan ianya tidak tertakluk kepada mereka yang ingin menguruskan badan sahaja.
Dengan mengamalkan konsep diet ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan rakyat.
Baru-baru ini seorang gadis telah menceritakan cara dia berjaya menurunkan sehingga 21kg dengan kaedah diet suku suku separuh
Menerusi laman Facebook Diet Suku Suku Separuh, Syabella Huda telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sehingga berjaya mengurangkan berat badan daripada 90kg sehingga 69kg dalam masa 3 bulan sahaja.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Saya start dari 90kg, masa tu saranan doktor sebab saya sakit. Jadi, saya buat selama 3 bulan 69kg dan sekarang saya tengah usaha untuk dapat berat ideal 65/63kg macam tu.
Image via ibb.co
Senaman saya hanya exercise ikut rentak lagu dalam bilik untuk tak nak saya stress fikir nak ‘gym’ bagai. ‘Gym’ saya pergi 3 bulan 2 kali je sebab student. Takde masa. Diet saya macam 95% pada food. Exercise hanya sampingan, now berat latest 69.
Skipping boleh buat jugak. 100 pagi, nak senja sebelum Maghrib 100.
Senarai menu dari saya selama saya makan. Meal ini kebanyakkan saya tak makan nasi. Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang.
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Image via Facebook Syabella Huda
Saya student, memang waktu makan tak menentu, kalau pagi saya makan, lunch saya skip dan ganti dengan makan petang terus saja.
Kadang saya makan pagi dan lunch, petang dah tak makan. Saya makan 2 kali sehari.
Wah menariknya. Apa lagi? Jom try menu diet ini!
Image via Celeb Quote
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel diet menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment