seismik

Berjaya Turun 19KG Dalam 7 Bulan, Gadis Ini Hanya Makan Lauk Sahaja, Itupun Sehari Sekali!

Berketinggian 155cm, Afza berjaya menurunkan berat badannya daripada 70kg kepada 51kg.

Cover image via Twitter @AfzaFasihah

Setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, pasti impikan untuk mempunyai berat badan yang ideal lagi sihat

Kalau nak diikutkan, untuk mendapatkan berat badan yang ideal ini senang sahaja iaitu seseorang itu memerlukan motivasi serta dedikasi yang kukuh, di samping diet pemakanan.

Image via Everyday Health

Sebenarnya sudah pelbagai jenis diet yang disarankan kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan termasuklah diet Atkins, Detoks, Paleo, Vegan, Low-Carb dan Intermittent Fasting.

Diet sudah pun diamalkan tapi berat badan tetap tak turun-turun. Boleh jadi diet yang diamalkan itu tidak berkesan kerana ianya tidak bersesuaian dengan badan kita.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Afza Fasihah, telah berkongsikan tipsnya tersendiri untuk menurunkan berat badan.

Cara Afza ialah dia hanya memakan lauk, sekali sehari sahaja!

Perkongsian Afza yang dibuat dalam bentuk rangkaian tweet itu ternyata berjaya meraih perhatian warganet sehingga mendapat lebih 11 ribu retweets dan hampir 32 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Menurut gadis itu, dia berasa serba salah kerana diet yang diamalkannya dianggap tidak begitu menyihatkan. 

Tambah gadis itu lagi, dalam masa 7 bulan, dia telah menolak nasi, menolak minuman manis serta menolak makanan yang karbohidratnya tinggi seperti mi dan roti.

Ternyata dalam tempoh itu, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 kilogram (kg) dengan hanya meminum air kosong sebanyak 3 liter sehari dan memakan lauk sahaja, sekali sehari!

Afza juga telah berkongsikan beberapa contoh lauk yang diamalkannya demi mendapat berat badan ideal.

Jelas Afza, untuk mengurangkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mengambil masa yang lama serta memerlukan nekad dan usaha.

Namun begitu, meskipun pada awalnya akan merasa sukar untuk melakukan diet ini tetapi lama-kelamaan ia seakan-akan sudah terbiasa.

Gadis itu turut mengucapkan selamat maju jaya buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, dan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa sayangi diri sendiri.

Siapa nak kurus boleh try diet cara Afza ini!

Image via Giphy

Walau bagaimanapun, diet cara ini tidak semestinya berkesan untuk semua orang kerana masing-masing mempunyai jenis badan yang berbeza.

Oleh itu, sebelum berniat untuk melakukan diet ini, dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan terlebih dahulu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan body-shaming orang!

Lagi tips diet di SAYS Seismik:

You may be interested in: