seismik

"Semua Mula Sebab Body Shaming" - Asyik Diejek, Gadis Dedah Tips Turun Berat Sampai 21KG!

Jom baca tips yang dikongsikan Nadiah ini!

Cover image via Twitter @nurdhiafi

Body shaming adalah tindakan atau amalan memalukan seseorang dengan membuat komen mengejek atau kritikal mengenai bentuk atau saiz badan mereka

Kalau dulu-dulu, amalan body shaming selalunya wujud di sekolah atau di tempat kerja dan dicakapkan pada kenalan sahaja namun pada masa kini, body shaming semakin meluas di laman-laman sosial. Bahkan orang yang tidak dikenali juga boleh menjadi mangsa body shaming.

Pengguna Internet lebih cepat memberi komen-komen yang negatif kepada rupa paras seseorang. Ejekan seperti gemuk, tidak cantik, hodoh, dan hitam sering kali ditujukan kepada mangsa body shaming ini.

Image via Google

Perlu tahu bahawa perbuatan body shaming adalah buli dan mampu memberi kesan yang sangat mendalam kepada mangsa. Jika mangsa tidak dapat mengawal emosi, ia akan memberi efek kepada mereka dalam jangka masa panjang.

Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga memberi kesan kepada mangsa dari segi gangguan emosi; hilang keyakinan diri, pemakanan menjadi tidak menentu atau hilang selera makan, kemurungan (depresi) sehingga boleh membunuh diri kerana malu.

Walau bagaimanapun, buat seorang gadis ini, meskipun pernah menjadi mangsa body shaming, dia memilih untuk menjadikannya motivasi untuk dirinya menurunkan berat badan

Menerusi laman Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Nadiah berkongsikan pengalamannya pernah diejek gemuk. Tidak bersetuju dengan perbuatan body shaming, Nadiah bagaimapun menjadikan ianya sebagai motivasi untuk dia menurunkan berat badannya.

Menariknya, gadis itu langsung tidak lokek ilmu untuk berkongsikan sekali tips serta langkah-langkah yang diamalkannya sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 21 kilogam.

Melalui rangkaian tweet, Nadiah berkata pertama sekali, mereka yang ingin menurunkan perlu tetapkan matlamat. Bagi Nadiah sendiri, dia telah meletakkan 'reminder' pada dinding serta telefon bimbitnya sebagai peringatan. Selepas itu, Nadiah menasihatkan orang ramai untuk memotong pengambilan gula dalam makanan serta minuman, dan menghentikan memakan processed food dan fast food.

Sesudah berjaya melakukan langkah pertama dan kedua, Nadiah telah mengamalkan amalan mengira pengambilan kalori dalam pemakanannya. Senang sahaja untuk melakukan itu kerana pada masa kini, mudah untuk memuat turun aplikasi 'calorie counter' dalam telefon bimbit.

Selain itu, Nadiah turut menasihatkan orang ramai untuk melakukan senaman, paling sedikit seminggu sekali.

Pada masa yang sama, dalam rangkaian tweet-nya, Nadiah telah berkongsikan amalannya mengambil air detoks selain mengamalkan diet pemakanan 'suku-suku separuh'. Dia menyatakan bahawa dengan mengekalkan rutin sebegini, dia telah berjaya mendapatkan berat badan yang ideal.

Susulan daripada tularnya tweet tersebut, rata-rata warganet yang kagum dan terinspirasi dengan Nadiah

Bahkan terdapat juga dalam kalangan warganet yang mula bertanyakan kepada Nadiah sendiri beberapa persoalan tentang perjalanannya dalam menurunkan berat badan. Nadiah yang tidak lokek ilmu telah meluangkan masa menjawab soalan-soalan yang ditanya.

Antara soalan yang ditanya para warganet:

Semoga tips yang dikongsikan Nadiah ini mampu memberi kita motivasi untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Tapi yang pasti, JANGAN BODY SHAMING!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahu tak anda boleh dikenakan saman kelau body shaming orang secara dalam talian?

Ini beberapa perkongsian dan tips diet di SAYS Seismik:

You may be interested in: