Dari Pakai Seluar Saiz 34 Turun Ke 26. Gadis Kongsi Tips Turunkan Berat Pinggang Ke Bawah!
Shae turut mengaku tidak pergi ke gym sepanjang mengurangkan berat badan sebanyak 14 kilogram.
Kebanyakan orang mempunyai masalah dengan bahagian tertentu pada tubuh badan mereka
Bagi sesetengah orang, berat badan terasa berlebihan di bahagian lengan. Ada juga yang tidak selesa dengan perut mereka yang buncit, dan ada juga yang ingin mengurangkan lemak pada bahagian pinggul dan paha.
Walau bagaimanapun, tidak kira apa pun bahagian yang anda rasa bermasalah, satu-satunya penyelesaian adalah mengurangkan lemak badan secara keseluruhan.
Mengurangkan atau menyusut di satu tempat sahaja adalah hampir mustahil. Anda perlu menukar beberapa aspek seperti diet pemakanan, senaman, serta gaya hidup supaya anda berjaya menurunkan berat badan kepada ideal.
Seorang gadis yang dikenali sebagai Shae telah berkongsikan tips dan caranya sendiri mendapatkan berat badan idamannya
Menerusi laman Twitter, Shae atau nama penuhnya Shahira Khamdani telah berkongsikan tips menurunkan berat badan tanpa mengamalkan sebarang produk kuruskan badan pun.
Bukan itu sahaja, gadis itu turut mengakui tidak pergi ke gym sepanjang mengurangkan berat badan sebanyak 14 kilogram.
Dalam perkongsiannya itu, Shae turut menyatakan bahawa salah satu faktor dia untuk menurunkan berat badan adalah disebabkan kata-kata negatif yang sering dilemparkan oleh teman lelakinya menyebabkan gadis itu bertekad untuk mengelak daripada menjamah nasi setiap hari. Sebaliknya dia memilih untuk makan sayur dan lauk sahaja.
Pada masa yang sama, demi mandapat berat badan yang ideal, seseorang perlulah meminum air masak dalam kuantiti yang banyak dan disarankan meninggalkan air manis.
Tambah gadis itu lagi, dia tidak langsung mengamalkan 'cheat day' kerana dikhuatiri boleh mengganggu momentum dia untuk menurunkan berat badan.
Shae yang sebelum ini memiliki badan berbentuk pear shape mengaku malas untuk berjogging dan hanya melakukan senaman pinggang dan ke bawah sahaja sebelum tidur
Selepas lebih kurang 9 bulan, gadis itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dan bertekad ingin meneruskan misi mendapatkan berat yang diingininya.
Gadis itu turut berkongsikan progress dia kepada orang ramai dan mengharapkan agar mereka yang ingin menurunkan berat badan dapat melakukannya dengan jaya