seismik

Lebih 12K 'Retweets', Lelaki Ini Bagi Tips Turun 5KG Dalam Masa Sebulan!

Siapa yang tengah cuba nak berdiet boleh cuba tips ini.

Cover image via The Asian Parent & Twitter @AZRILROZALI

Antara azam yang sering kita dengar sewaktu memasuki tahun baru adalah untuk mendapatkan berat badan ideal ataupun mula berdiet

Cakap memang mudah tetapi untuk mula melakukannya ternyata tidak senang. Sebab itulah ramai yang terkandas di tengah jalan. 

Walaupun sudah ramai berkongsi tips untuk berdiet, namun hasil yang diperolehi setiap orang adalah berbeza mengikut 'jenis' badan masing-masing. Ada yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat ataupun sebaliknya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cosmopolitan

Terbaru, seorang lelaki dikenali sebagai Azril Rozali berkongsi di laman Twitter miliknya tentang tips untuk menurunkan berat badan sebanyak 5KG dalam masa sebulan

Lebih menarik, dia turut berkongsi tip berdiet dan juga senaman yang bakal membantu mendapatkan berat badan idaman.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 12.2 ribu retweets dan 22.7 ribu likes.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sains Kompas

Baca perkongsian penuh di bawah:

Tambahnya lagi, senaman tidak perlu dilakukan setiap hari. Cukup sekadar tiga kali seminggu serta banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Perkongsiannya itu mendapat banyak respon daripada warganet namun ramai juga yang bertanyakan tips mengurangkan berat badan yang lain

Siapa yang sedang berusaha dan tercari-cari tips yang sesuai untuk menguruskan badan tu, bolehlah cuba. Tapi apa-apapun, dalam pada berdiet tu, jagalah juga kesihatan anda ya!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel diet yang lain:

You may be interested in: