seismik

Wanita Amalkan Diet Suku Suku Separuh, 2 Minggu Dah Hilang 3KG. KKM Pun Sarankan Diet Ini!

Apa lagi diet yang boleh kita cuba ya?

Cover image via Twitter @detox_glow

Masuk tahun baru ini, antara azam yang sering kita dengar adalah ingin kurus atau mendapatkan berat badan idaman

Sebenarnya, saban tahun kita dapat lihat ramai orang yang berkongsi kejayaan mereka menguruskan badan di media sosial. Selain itu, mereka juga tidak lokek berkongsi tips dan teknik yang digunakan bagi mendapatkan bentuk badan ideal. 

Bagaimanapun, ada juga yang suka mengambil jalan mudah untuk menguruskan badan hingga memakan diri sendiri. Memanglah dapat apa yang dihajati akan tetapi muncul pula penyakit lain yang semestinya menyusahkan di kemudian hari.

Image via Giphy

Pernahkah anda dengar mengenai diet suku suku separuh?

Diet suku suku separuh ini adalah mengenai pengambilan makanan yang dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut namanya. Sukatannya adalah nasi putih yang diambil sedikit diikuti dengan protein atau karbohidrat dan juga sayur-sayuran.

Bukan itu sahaja, konsep diet ini juga dipercayai sangat bagus untuk diamalkan oleh semua orang dan tidak tertakluk kepada mereka yang ingin menguruskan badan sahaja.

Memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan rakyat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hello Doktor

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Detox Glow berkongsi tentang diet suku suku separuh yang baru diamalkannya

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 2.3 ribu ulang kicau dan lebih 3 ribu tanda suka. 

Kongsinya lagi, dia juga berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 3kg dalam tempoh singkat

Susulan itu, ramai yang memuji perkongsian tersebut malah ada juga yang telah melakukannya tanpa sedar

Wah! Kepada mereka yang masih tercari-cari diet yang sesuai tu, mungkin ini adalah jawapan yang anda cari.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara tips diet lain:

You may be interested in: