“Kalau Sayang Rahim Tu, Jangan Buat 8 Benda Ni” - Gadis Kongsi Pengalaman Kena Cyst 3 Kali
Tolonglah buat check-up sekurang-kurangnya enam bulan sekali!
Cyst merupakan sejenis ketumbuhan dalam ovari wanita yang mengandungi cecair di didalamnya
Cecair tersebut merupakan sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak ataupun lendir dalam badan wanita.
Image via Google
Meskipun cyst tidak dilihat sebagai sesuatu penyakit namun begitu ia kerap kali dihidapi oleh golongan wanita muda. Di samping itu, cyst hanya boleh dikesan sekiranya seseorang itu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom tertentu.
Pada masa yang sama, biarpun cyst dianggap tidak merbahaya tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan lain seperti sakit pada bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Seorang wanita telah berkongsikan di laman Facebook miliknya pengalaman mempunyai ketumbuhan cyst dalam rahim, bukan sekali, tetapi sebanyak tiga kali!
Dalam postingnya itu, Hariza Azmi ingin menasihati para wanita untuk mengambil tahu tentang rahim masing-masing.
Di samping itu, dia turut berkongsikan beberapa tips bagi mengelakkan ketumbuhan cyst daripada berlaku yang mana semuanya adalah berdasarkan nasihat doktornya sendiri.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Tiga tahun lepas, aku operate buang cyst
Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah.
Okey, petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey, ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan doktor, macam kita sembang dengan kawan.
Okey girls, dengar nasihat aku ini. Korang tak nak dengar, terpulanglah. Kalau sayangkan rahim tu, sila baca dan hadam.
Image via Merdeka
1. Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa-apa jenis suppliment. Never girls! Dalam badan kita dah ada estrogen (rasanya macam aku dengar estrogen). Makan lagi suppliment akan menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat, cyst ini asalnya dari hormon.
Image via Google
2. Jangan minum soya, nasib baik aku bukan peminat soya.
3. Kurangkan makan ayam kerana kebanyakan ayam ada cucuk estrogen itu. Itu doktor yang beritahu, bukan aku.
4. Banyakkan makan ikan dan sayur, kecuali ikan parang.
Image via Google
5. Amalkan pemakanan yang sihat.
6. NO FAST FOOD.
7. NO makanan dalam tin seperti tuna, sardin, dan lain-lain.
8. NO STRESS.
Tolong buat check-up sekurang-kurangnya enam bulan sekali
Jangan kau berani beri alasan, "Alaaa malu laa. Kalau kena dengan doktor lelaki macam mana?". Aku jawab, "Abah kau! Malu konon.".
Image via Facebook Hariza Azmi
Dah memang realiti doktor OnG ini banyak lelaki, terima sajalah. Aku dari dulu doktor lelaki yang periksa. Kau ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana? Saya redha sajalah. Nasib tadi doktor perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik bagai hatta ada kelulusan KKM sekalipun. Mudah sungguh orang kita percaya dengan benda itu, entah betul ke tidak. Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger dulu.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment