Baru Berusia 10 Tahun, Kanak-Kanak Ini Disahkan Menghidap Kanser Ovari Tahap Tiga

Allahu, terlalu muda. :(

Seorang kanak-kanak iaitu Nur Nadira Balqis Abdul Khalid dikatakan telah menghidap kanser ovari tahap tiga di usia yang begitu muda iaitu 10 tahun

Balqis bersama ibunya, Siti Khalijah yang masih lemah selepas menjalani pembedahan membuang bisul di bahagian tengkuk.

Image via Harian Metro

Kanak-kanak ini masih belum mengerti tentang apa yang dilaluinya hanya mampu kekal kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan sehariannya tanpa memiliki ovari kanan. Pembedahan telah dilakukan pada Ogos tahun lalu.

Menurut laporan, ibunya, Siti Khalijah Che Hat, 51, menjelaskan selepas selesai pembedahan, Balqis banyak meluangkan masa dengan melukis, sekaligus berubah menjadi seorang yang pemalu dan kurang bercakap dengan orang lain.

Menurut Siti Khalijah, pada mulanya Balqis mengadu sakit di bahagian perut, lalu dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum disahkan ada ketumbuhan di ovarinya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Iluminasi

Pembedahan terus dilakukan dan doktor mengesahkan bahawa Balqis telah menghidap kanser ovari tahap tiga. Sehingga hari ini, sudah tujuh kali kanak-kanak itu melakukan rawatan kimoterapi. Balqis juga perlu dibawa ke HPP sebulan sekali untuk mendapat rawatan lanjut.

Namun, dengan keadaan ibu Balqis yang kini masih lemah selepas menjalani pembedahan membuang bisul di belakang tengkuk pada minggu ini, mereka terpaksa menumpang di rumah adik ibunya iaitu Mohd Dizan, 41, kerana tidak mempunyai kenderaan untuk ulang alik setiap hari bagi mencuci lukanya itu.

Siti Khalijah dan suami bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ilmutani.com

“Tiada sebarang persiapan untuk menyambut Ramadan, hendak beli baju raya untuk anak-anak pun tidak mampu, mujurlah anak sulung dan kedua saya sudah bekerja dan mereka lah yang membeli baju raya untuk adik-adik.”
Ibu kepada Balqis, Siti Khalijah Che Hat, 51

Nasib yang menimpa Balqis juga turut mendapat perhatian Pengarah Malaysia Global United Pageant 2019 (MGU) yang merupakan duta kanak-kanak, Tracie Tan dan Presiden Duta Kanser Kanak-Kanak Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) Maznah Tayib.

Untuk orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas di bulan Ramadan ini, boleh berbuat sedemikian. Info seperti di bawah:

Nombor akaun Maybank Siti Khalijah: 152023491757 atau hubungi terus di nombor 013-4679548.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment