Umpama Mengandung 7 Bulan - Gadis Ini Kongsi Derita Menanggung 'Cyst' Seberat 5kg!
Nasihat beliau: JANGAN TAKUT DOKTOR.
Cyst merupakan suatu penyakit merbahaya yang boleh menyerang mana-mana individu tanpa disedari
Jika anda ingin tahu, penyakit Cyst adalah ketumbuhan yang mengandungi cecair sama ada air, cecair becampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak, dan lendir. Ia juga boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain.
Cyst terbahagi kepada pelbagai jenis iaitu:
- Follicular Cyst
- Corpus Luteal Cyst
- Hemorrhagic Cyst
- Ruptured Ovarian Cyst
- Endometriotic Cyst of Ovary
- Dermoid Cyst Ovary atau Terratoma
Bagaimana anda ingin mengenali penyakit ini? Hanya melalui ujian Ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu untuk mengesahkan masalah ini. Ujian darah dan air kencing juga perlu anda lakukan diperingkat awal untuk membezakan Cyst Ovari dengan masalah lain yang seperti Appendicitis, terutamanya jika anda terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisah beliau yang menderita gara-gara diserang penyakit Cyst ini selama 3 tahun!
Wanita ini dikenali sebagai Amalina Hasin telah berkongsi kisahnya melalui laman Facebook tentang pengalamannya membawa Cyst sebesar 5kg selama 3 tahun.
Melalui perkongsian tersebut, beliau telah menulis perjalanan selama menghidap penyakit tersebut sehingga dirawati. Memang tidak disangka bila diserang Cyst bertahun lamanya dan baru sahaja mendapat tahu setelah ianya membesar di dalam badan.
Baca perkongsian penuh beliau di bawah:
Menurut beliau, penyakit ini boleh menyerang individu pada bila-bila masa tanpa disedari
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ini adalah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut.
Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda-tanda sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) - JANGAN TAKUT DOKTOR.
Doktor mengesahkan ketumbuhan Cyst ini telah ada dalam badan beliau selama lebih 2-3 tahun!
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad 'Doktor, apa punca cyst ni boleh datang' Lepastu doktor kata 'Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian'. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility:
1. Normal Cyst
2. Ovarian Kanser
3. Borderline
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya. Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
NOTA: Kepada semua kawan-kawan yang terbaca yang dan ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ujian ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Ini merupakan tanda-tanda yang didapati sebelum ketumbuhan Cyst ini menyerang individu:
Macam mana saya dapat tahu?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari-hari, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula-mula refer hospital, dah dapat tarikh operate, sebab Cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Update: Sebab ramai tanya apa tanda-tanda dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb Cyst ni ada banyak jenis, yang aktif, yang tidak, yang biasa, yang kanser, yang satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yang fibroid, yang ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda-tanda dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda-tandanya:
1. Senggugut yang teruk setiap kali datang period. (Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki.
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat.
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya).
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan).
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara).
Walaupun punca penyakit ini masih dalam kajian, beliau mengambil keputusan untuk mencari jawapan sendiri melalui Google. Kemungkinan juga dapat menjawab persoalan.
Punca-punca Cyst: (Doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan yg ditanya kepada saya, kemungkinan inilah beberapa puncanya):
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian Ultrasound je dekat mana-mana klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat Ultrasound je. Untuk yang sudah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian Pap Smear lebih efektif. Tapi Ultrasound pun dah memadai untuk peringkat awal check-up.
Kos perubatan termasuk pembedahan hanya RM1,660 di sebuah hospital kerajaan Ampang
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya?
Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat-ubatan. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yang rawat saya memang ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan macam-macam jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.