Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gadis Kongsi Video Graduan India Siap 'Dilambung' Di Majlis Konvokesyen Buat Ramai Teruja

Wah meriah, tahniah!

Cover image via @notfaerr (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, sekarang merupakan musim majlis konvokesyen dan setiap graduan menantikan momen bersejarah ini

Setelah berhempas pulas menuntut ilmu selama bertahun-tahun, kini tibalah waktu untuk mereka meraikan kejayaan bersama ahli keluarga dan kawan rapat.

Kebiasaannya, kita melihat ahli keluarga datang memberikan sokongan atau meraikan hari konvokesyen dengan membawa jambangan bunga atau coklat bukan?

Namun, lain pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang graduan India disambut dengan meriah oleh ahli keluarganya telah mendapat perhatian ramai.

Image via @notfaerr (TikTok)

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, kelihatan ahli keluarga graduan Universiti Malaya tersebut hadir untuk meraikan hari konvokesyennya.

Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila mereka bukan saja datang bersorak, malah siap membawa gendang dan menari beramai-ramai sebagai tanda seronok dengan kejayaan graduan itu.

Momen manis itu turut disaksikan keluarga dan para graduan lain di pekarangan universiti berkenaan.

"Suka tengok Indian family tau. Nenek pun datang sekali. Love sangat!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 441K tontonan, 33K tanda suka serta 1.2K perkongsian di laman TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat India.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @notfaerr (TikTok)

Image via @notfaerr (TikTok)

Image via @notfaerr (TikTok)

Image via @notfaerr (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Seronoknya tengok family dia, rasa macam nak join menari sekali! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment