seismik

"Dia Touch 'n Go Je" - Gelagat Graduan Terlupa Ambil Skrol Atas Pentas Buat Ramai Terhibur

Mesti nervous sangat sampai terlupa kan, haha.

Cover image via @uitm_channel (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari graduasi merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh para graduan

Iyalah, setelah bertahun-tahun berhempas pulas menuntut ilmu, ini adalah momen berharga buat mereka untuk meraikan kejayaan.

Sudah semestinya, majlis konvokesyen adalah acara wajib untuk mengesahkan bahawa kita sudah tamat belajar. Perasaan berdebar untuk naik ke pentas dan mengambil skrol pasti akan ada.

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah rakaman memaparkan gelagat seorang graduan terlupa untuk mengambil skrol telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

@uitm_channel

Kenangan ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh beliau sampai bila-bila..Tahniah Kepada Semua Graduan!!! #istiadatkonvokesyenuitm96

original sound - Universiti Teknologi MARA - Universiti Teknologi MARA

Kalut nak ambil gambar cantik di atas pentas, sekali tertinggal pula skrol

Menerusi video yang dimuat naik oleh @uitm_channel, kelihatan gadis itu berjalan tenang ke atas pentas untuk bergambar sebelum mengambil skrol.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila dia selamba berjalan turun dari pentas meninggalkan skrolnya. Lebih melucukan, dia pantas patah balik dan menutup mukanya dengan skrol kerana malu diketawakan orang ramai. 

"Ni mesti set kat mind, ok gambar konvo kena cantik. Hafal step, terlupa nak masukkan step ambil scroll haha" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini sudah pun meraih 1.8M views, 92.1K likes dan 10.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Menonong je awak jalan ya kak, tak apa yang penting gambar cantik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: