[VIDEO] Pemuda Ini Sanggup Turun Naik Banyak Kali Semata-Mata Review Makanan Dalam Flight
Wah, serious dia gigih!
Zaman sekarang, media sosial merupakan platform utama untuk kita berkongsi kehidupan seharian, setuju atau tidak?
Malah, media sosial jugalah yang menjadi tempat mencari rezeki bagi sesetengah orang. Bukan itu saja, ramai juga yang menjadikan media sosial mereka untuk membuat review makanan dari restoran terkenal dan viral.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang pemuda membuat review makanan dalam kapal terbang telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Challenge diri untuk review makanan flight dalam masa satu hari
Menerusi video yang dimuat naik oleh @maellambongasis, kelihatan pemuda itu menunaikan salah satu request daripada follower di TikToknya untuk membuat review makanan dalam kapal terbang dalam masa satu hari.
Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat membeli tiket penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan dan Miri untuk beberapa kali.
Malah, dia menaiki penerbangan Air Asia dan juga syarikat penerbangan baru iaitu MYAirline. Secara keseluruhan, pemuda itu menaiki kapal terbang sebanyak enam kali dengan tujuan untuk merasa pelbagai jenis makanan di dalamnya.
"Sebab usaha A+. Sanggup naik flight banyak kali so saya decide untuk follow haha" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih sebanyak 794K tontonan, 72.1K tanda suka serta 1.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut memuji kegigihan pemuda itu turun naik flight berulang kali dalam masa sehari.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!