seismik

Wanita Kongsi Cara Paling Jimat & Mudah Untuk Sejukkan Rumah Tanpa Aircond, Guna Baldi Je!

Wow, ada yang dah pernah cuba ke?

Cover image via @pnnfam07 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia kini sedang dilanda cuaca yang panas melampau, bahangnya bukan biasa-biasa

Ramai yang mengadu walaupun baru lepas mandi, badan sudah berpeluh semula. Betapa bahangnya cuaca sehingga ramai yang terkena strok haba.

Selain daripada banyakkan minum air masak, rumah juga perlu berada dalam keadaan yang sejuk. Namun, bukan semua orang mempunyai penghawa dingin di rumah.

Oleh itu, perkongsian seorang wanita tentang cara mudah menyejukkan rumah ini telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@pnnfam07

Tip viral terkini : Cara mudah sejukkan rumah di musim panas tanpa perlu guna aircond. Lepas dah letak bekas tu jangan lupa buka kipas ye. Semoga bermanfaat. #sharingbynfam #mentormak2 #tipviral #sejukkanrumah #aircond #sejukrumahtanpaaircond #musimpanas #elakstrokehaba

Obituary - Alexandre Desplat

Hanya isi air dalam baldi mampu menyejukkan rumah dan mengurangkan rasa bahang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pnnfam07, wanita itu berkongsi cara yang mudah dan jimat untuk sejukkan rumah tanpa menggunakan aircond di musim panas ini.

Pertama sekali, apa yang anda perlukan hanyalah bekas bersaiz besar seperti baldi atau timba dan juga air.

Ambil baldi atau timba kosong, kemudian isikan air ke dalamnya. Setelah itu, letakkan bekas berisi air tadi ke kawasan rumah yang ingin disejukkan seperti dalam bilik, ruang tamu dan dapur.

Pastikan anda letak bekas yang dah berisi air tersebut kawasan yang selamat dan mudah nampak agar dapat dielakkan daripada terlanggar atau tertendang. Kemudian, anda boleh rasakan kawasan itu sejuk dan kurang bahang.

"Memang berkesan. Setiap malam saya buat, memang bahang dalam rumah hilang. Sejuk je rasa" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 3.8M tontonan, 159.8K tanda suka serta 33.6K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai tips itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Yang mana rumah tak ada aircond tu, bolehlah cuba tips ini. Semoga membantu! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: