[VIDEO] Mati-Mati Ingat Ada WiFi Dekat Paip Singki, Gelagat Dua Lelaki Ini Cuit Hati Ramai
Lah, bukan bang salah tu.
Tidak dinafikan, terdapat pelbagai teknologi canggih yang ada di negara kita pada zaman kini
Namun, masih ramai yang tidak tahu sudah wujudnya macam-macam teknologi canggih ini. Disebabkan itu, kita akan rasa 'jakun' seketika apabila terjumpa sesuatu yang lain daripada lain depan mata.
Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki teruja menunjukkan WiFi singki di dalam tandas sebuah pusat beli-belah kepada kawannya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Konfiden tunjuk 'WiFi' dekat singki toilet, sekali lain yang jadi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @abun_nasty, kelihatan lelaki itu kelam-kabut mengajak kawannya untuk masuk ke dalam sebuah tandas di dalam shopping mall.
Apa yang mencuit hati adalah apabila sebaik saja mereka berada di depan sinki tandas itu, lelaki tersebut menunjukkan simbol seperti WiFi di tempat basuh tangan itu.
Rupa-rupanya, itu adalah simbol kelajuan air di sinki tersebut. Apabila dia digelakkan oleh kawannya, lelaki itu 'koyak' dan seolah-olah tidak dapat menerima itu sebenarnya bukan WiFi.
"Tu kalau tak ada member jenuh tunggu dalam tu haha" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut, kini ia telah meraih 375.3K views, 45.6K likes dan 3.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!