seismik

Siap Order Nasi Putih Dengan Tomyam, Gelagat Pemuda Mengigau Ini Buat Ramai Terhibur

Mesti dia tak dapat makanan yang dia order kan?

Cover image via @zaimirizal (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut tentang mimpi dan mengigau, pasti semua orang di sini pernah mengalaminya bukan?

Ada yang hanya bercakap dalam mimpi, paling teruk ada yang sampai berjalan ataupun dipanggil sebagai sleep walking.

Seperti sebuah rakaman yang tular baru-baru ini apabila seorang pemuda mimpi sambil memesan makanan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Order nasi putih, tomyam dan telur dadar, member cuak tengok

Menerusi perkongsian video daripada @zaimirizal, kelihatan pemuda itu sedang tidur dengan nyenyak sambil tangannya diletakkan di atas dahi.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia tiba-tiba mengigau dan memesan nasi putiih, tomyam dan telur dadar.

Perkara itu membuatkan si perakam yang merupakan kawannya cuak dan risau pemuda itu bertindak luar kawalan.

"Ni mengiggau jenis apa dol, takut betul dia makan aku malam ni. Dia mimpi kat kedai mek agaknya," katanya.

"Bangun nanti makan la bang teruk nau 12 hari tak makan sampai mengigau" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 516.2K tontonan, 62.5K tanda suka serta 17K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Teruk sangat tu bang, kena cepat-cepat bawa dia pergi makan tomyam ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: