seismik

"Duyung Terlepas" - Gelagat Pelancong Selamba Mandi Di Kolam KLCC Buat Ramai Geleng Kepala

Alahai, buat hal lah.

Cover image via @hafizlazin (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menara Berkembar Petronas (KLCC) sememangnya menjadi tarikan utama pelancong apabila bercuti di Malaysia

KLCC menjadi ikon yang paling popular dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia. Sebut saja Malaysia, pasti mereka akan ingat KLCC.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video seorang pelancong asing selamba mandi-manda di kolam yang berada di kawasan luar KLCC telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hafizlazin

Duyung dah kene tangkap

kucing mampus - Kxcingg

Tak kisah orang sekeliling pandang, selamba berendam dalam kolam KLCC

Menerusi perkongsian video daripada @hafizlazin, kelihatan pelancong wanita itu yang berpakaian seksi sedang mandi di kolam air pancut KLCC tersebut.

Orang ramai yang lalu-lalang di sekitar kolam itu memerhati gelagat pelancong asing itu dengan pelik kerana kolam itu bukan dibuat untuk pengunjung mandi-manda.

Malah, wanita itu tidak mengendahkan teguran orang ramai yang menyuruhnya naik. Pada hujung video, dia dilihat mengikut seorang pegawai polis yang bertugas untuk ke balai.

"Dia jalan dengan polis tu macam jalan dengan boyfriend dia je santai-santai" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 769.4K views, 30.2K likes dan 15.8K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Dia ingat boleh mandi kot dekat situ, husnuzon jelah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: