seismik

Dua Adat Berbeza, Majlis Tunang Gadis Melayu & Pemuda India Muslim Ini Raih Tumpuan Ramai

Meriahnya majlis dia!

Cover image via @caja.nini (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka perlu melalui fasa pertunangan terlebih dahulu

Fasa ini bertujuan untuk kita mengenali pasangan dengan lebih dekat sebelum menempuh alam perkahwinan. Tetapi, ada juga yang tidak mahu bertunang dan terus ingin bernikah kerana ingin menjimatkan kos.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan majlis pertunangan antara gadis Melayu dan pemuda India muslim telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@caja.nini

two distinct cultures into one memorable majlis bertunang #malayengagement #indianmuslimengagement

SAAJANJI GHAR AAYE - SAMIER KHAN

Dua adat berbeza dalam satu majlis tunang, siap pakai dua jenis busana

Menerusi video yang dimuat naik oleh @caja.nini, kelihatan majlis pertunangan gadis Melayu itu berjalan dengan sangat meriah.

Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah apabila keluarga pihak lelaki merupakan India muslim dan dilihat sangat peramah. Malah, ramai tersentuh apabila melihat bakal mak mentua gadis itu menciumnya.

Gadis itu juga sempat menukar pakaian dari baju kurung ke sari demi mengikut adat keluarga bakal suaminya itu.

"Nak cari mamak jugaklah, macam best je meriah!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 256.3K views, 33.5K likes dan 1.8K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tertarik dengan dua adat yang berbeza itu. Malah, ramai memuji bakal mak mentua gadis itu yang sangat penyayang. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok tengok majlis meriah macam ni. Semoga dipermudahkan urusan bakal pengantin :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: