seismik

Bertunang Tapi Macam Majlis Kahwin, 'Kain Banjir' Bridesmaid Gadis Ini Pula Curi Tumpuan

Biarlah itu kan hak dia, duit dia.

Cover image via @shakirabashir98 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak mahu mengikat tali pertunangan setelah bertahun lamanya bercinta bukan?

Orang kata jangan bertunang lama-lama, nanti banyak dugaan. Namun, itu terpulang pada masing-masing untuk mengendalikan hubungan sebelum mendirikan masjid.

Berbeza pula dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang gadis memilih dewan masjid dan bukan di rumah untuk mengadakan majlis pertunangannya.

Lihat video itu di bawah:

@shakirabashir98

After so many heartbreaks and failed relationships, finally found him

original sound - Nash Khiruddin

'Kain banjir' bridesmaid jadi bualan, sempat perjelas ada kawan yang tidak bertudung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shakirabashir98, kelihatan majlis pertunangannya itu berlangsung di Masjid Sri Sendayan , Negeri Sembilan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila konsep majlis itu tidak ubah seperti majlis akad nikah kerana ia nampak seperti suasana perkahwinan.

Namun, lebih menjadi perhatian netizen adalah pakaian yang dipakai oleh bridesmaid gadis itu yang dikatakan memakai 'kain banjir'.

Disebabkan itu, gadis berkenaan menjelaskan di ruangan komen bahawa bukan semua kawan-kawannya itu bertudung. Namun mereka sudah menutup aurat sebaik mungkin ikutan majlis tersebut dibuat di perkarangan masjid.

"Pergh tunang macam majlis nikah. Nikah nanti macam mana la rupanya kan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 354.1K views, 32.7K likes dan 593 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai majlis tunang tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Overall majlis pertunangan dia memang cantik. Yang penting semuanya berjalan dengan lancar :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: