seismik

[VIDEO] Wanita Prank Konon Nak Tambah Anak Lagi, Tak Sangka Ini Pula Reaksi Suaminya

"Jarang tengok suami reject bila wife nak anak lagi" - Warganet.

Cover image via @zaimzainiofficial (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila bercakap soal zuriat, ada pasangan yang mahukan anak ramai dan ada juga hanya mahukan sepasang cahaya mata saja

Setiap pasangan mempunyai sebab mereka yang tersendiri mengapa memilih untuk ada beberapa orang anak saja.

Antara faktor yang membuatkan ramai pasangan di luar sana cenderung untuk memiliki maksimum dua anak saja adalah kerana masalah kewangan, lebih-lebih lagi di zaman inflasi ini.

Namun, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila seorang wanita sengaja mengenakan suaminya untuk tambah lagi seorang anak telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah ada dua anak lelaki, saja cakap nak mengandung anak perempuan tapi reaksi suami pula menghiburkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zaimzainiofficial, kelihatan wanita itu sedang bersiap untuk keluar sambil merakam video di telefonnya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila wanita itu saja mengusik suaminya di belakang kononnya dia ingin menambah seorang lagi anak.

Lebih melucukan lagi, reaksi suaminya itu terkejut dan pantas menolak permintaan si isteri yang ingin mengandung lagi. Malah, dia siap mengingatkan isterinya sakit beranak itu macam mana.

"Dia punya tak nak tu macam dia yang kena tolak masuk labor room hahaha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 932.5K views, 56.3K likes dan 1.9K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mungkin suami dia serik tengok wife dia bertarung nyawa tu. Sweet je couple ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: