seismik

[VIDEO] Prank Tanya Orang Guna Mic Busuk, Reaksi Mereka Pula Undang Tawa Netizen

Adoi, lawaklah masing-masing. Haha.

Cover image via @zarolzarif (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di media sosial, sudah banyak prank yang kita dapat lihat dibuat oleh influencer dan TikToker

Tujuan prank dilakukan adalah hanya sekadar hiburan dan ingin melihat reaksi orang ramai yang jujur dan kelakar.

Seperti video yang tular baru-baru ini apabila dua orang lelaki membuat prank bertanya kepada orang ramai menggunakan mikrofon busuk telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zarolzarif

Replying to @chipsmore Ramai mintak Part 2 @CIKIDOT CHANNEL Prank orang awam guna Mic busuk bau taik! Lawak weyh tengok reaction diorang! Nak part 3 ke? #fyp #stink #stinkspray #malaysiatiktok

original sound - zarolzarif - zarolzarif

Sembur 'perfume' bau tahi di mikrofon, reaksi dua wanita bikin dekah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zarolzarif, kelihatan dua orang lelaki itu sedang menemu bual seorang gadis dan seorang wanita di majlis kahwin.

Apa yang mengundang tawa ramai adalah apabila mereka terpaksa menahan bau mikrofon yang busuk itu sambil menjawab soalan-soalan daripada dua lelaki tersebut.

Namun, reaksi spontan mereka yang tidak dapat menahan bau busuk itu akhirnya tak dapat dikawal dan membuatkan mereka mencarut. 

Perkara tersebut membuatkan dua lelaki yang menjadi dalang prank itu ketawa terbahak-bahak kerana reaksi lucu mereka.

"Mak cik tu memang penyabar luar biasa la, unlimited. Haha sakit perut aku gelak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 1.4M views, 84.2K likes dan 6.6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan mereka semua.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti busuk gila kan bau mikrofon tu? Tak boleh bayang bau dia macam mana :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: