seismik

Siap Nangis & Berpelukan, Gelagat Kembar Kena Kacau Dengan Ayah Ini Undang Tawa Ramai

Comel je dua-dua takut.

Cover image via @m.rplusn.a (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya gelagat anak-anak menjadi hiburan dalam keluarga

Melihat mereka ketawa dan menangis mampu menceriakan hari-hari kita setelah penat bekerja seharian.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat dua orang kembar menangis kerana diusik ayah mereka telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@m.rplusn.a

..mula-mula rasa nak gelak.. tapi bila tengah-tengah record tiba-tba rasa sedih.. #twinbabies #twin #love

Funny - Gold-Tiger

Seronok sepahkan bilik, sekali menangis bila ayah takutkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @m.rplusn.a, kelihatan sepasang kembar lelaki itu sedang menyepahkan bilik ibu bapa mereka.

Apa yang mencuit hati adalah apabila ketika mereka sedang sibuk membuat sepah, ayah mereka tiba-tiba masuk ke bilik dengan memakai face mask hitam, cermin mata hitam dan topi hitam untuk menakutkan mereka.

Lebih melucukan, mereka dilihat takut sehingga menangis serentak. Malah, salah seorang memeluk kembarnya manakala seorang lagi menutup mulut.

"Dua beradik itu ditemui berpelukan di tepi katil dipercayai ketakutan" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 255.8K views, 28.8K likes dan 2.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen di turut terhibur melihat gelagat si kembar.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti diaorang trauma terus, lepas ni tak sepahkan bilik dah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: