Ambil Gambar Pre Convo Di Genting Highlands, Ramai Kagum Lihat Friendship Geng Sekelas Ini
Kenangan belajar paling best.
Setelah bertahun-tahun belajar di universiti, majlis konvokesyen adalah momen yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar
Sebelum majlis graduasi bermula, kebiasaannya pelajar akan mengambil jubah terlebih dahulu untuk bergambar sebagai kenangan dengan kawan-kawan.
Baru-baru ini, tular sebuah video sekumpulan pelajar mengambil gambar pre convo di Genting Highlands telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Satu kelas naik Genting Highlands, sarung jubah ambil gambar ramai-ramai
Menerusi video yang dikongsi oleh @qiwhuttt, kelihatan sekumpulan pelajar yang merupakan kawan sekelas itu sedang bergambar bersama di Genting Highlands.
Mereka dilihat memakai jubah konvokesyen dan mengambil gambar di sebuah kawasan lapang sambil menikmati kabus di tengah malam.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka bersepakat dan mempunyai friendship sangat kukuh.
"Dia jadi best kalau classmates semua sporting & takda puak" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 247K tontonan, 43.3K tanda suka serta 7.2K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut memuji keakraban persahabatan mereka dan memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!