Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gadis Minta Netizen Guna 'Kuasa' Viral, Carikan Uncle Cina Yang Tolong Masa Kereta Rosak

Terima kasih uncle!

Cover image via @shqn.s (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hidup ini, kita akan jumpa pelbagai jenis manusia yang memberikan pengajaran untuk kita tidak kiralah baik atau jahat

Seperti seorang gadis ini yang berkongsi pengalamannya berjumpa dengan uncle Cina baik hati dan sanggup menolongnya ketika keretanya rosak di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shqn.s di laman TikTok, gadis itu menceritakan kejadian keretanya tiba-tiba rosak semasa berada di highway SUKE.

Image via @shqn.s (TikTok)

Menangis dan gelabah sebab kena hon dengan kereta lain, siap kena marah dengan individu yang suruh alih kereta

Menurut @shqn.s, dia pada mulanya tidak tahu untuk berbuat apa-apa dan sempat menangis ketika menghubungi abangnya untuk datang mengambilnya.

"Kereta shut down lepas turun SUKE highway. Dengan brake kaki terus jadi keras. Semua segala sign keluar. Gelabah, shaking, menangis sampai tak tahu nak buat apa.

"Semua kereta dah hon, pakej kena marah dengan pak cik suruh aku alihkan kereta. Allah maha baik. Dia datangkan satu uncle cina tolong aku. Sanggup dia bawak kereta aku yang risk sangatlah tinggi sebab brake kaki tak dapat tekan.

"Cari uncle ni korang. Aku nak number phone dia. Sebab tadi tak sempat borak apa semua. Sempat say thank you lepas tu dia pergi terus," katanya.

Image via @shqn.s (TikTok)

Image via @shqn.s (TikTok)

Lihat video penuh di bawah:

Alhamdulillah. Semoga Allah SWT balas jasa uncle tu. Terima kasih orang baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment