Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gara-Gara Ketagih Minum 'Bubble Tea' & Kurang Minum Air Masak, Wanita Ini Terpaksa Dibedah

Difahamkan, buah pinggang wanita itu bengkak dan mengandungi sebanyak 300 batu karang.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, pemakanan tidak sihat yang mempunyai kandungan garam atau gula tinggi boleh merosakkan organ dalaman seseorang individu

Menerusi laporan The Straits Times, seorang wanita di Taiwan apabila doktor terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan 300 biji batu karang di dalam buah pinggangnya.

Hal ini disebabkan wanita itu amat gemar dan ketagih minum minuman 'bubble tea' tersebut dan juga kurang minum air masak.

Wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Chi Mei di Bandar Tainan pada minggu lalu selepas mengalami demam dan sakit teruk di bahagian belakang badan.

Image via The Straits Times

Buah pinggang bengkak dan sel darah putih banyak

Menerusi imbasan ultrasound, doktor di unit kecemasan telah mendapati buah pinggang di bahagian kanan wanita berkenaan bengkak dan mengandungi batu karang.

Imbasan CT yang dilakukan menunjukkan batu karang tersebut bersaiz lima milimeter (mm) ke dua sentimeter (cm) dan hasil ujian darah menunjukkan sel darah putihnya tinggi.

Untuk pengetahuan semua, keadaan wanita itu dilaporkan stabil sebaik selepas pembendahan dijalankan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment