Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gara-Gara Percayakan GPS, Kereta Wanita Ini Tersangkut Di Sebuah Jambatan Gantung

Difahamkan, jambatan itu dibina 40 tahun lalu yang hanya sesuai digunakan oleh pejalan kaki sahaja.

Cover image via The Pattaya News png Tree

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kereta seorang wanita di Thailand tersangkut pada sebuah jambatan gantung kerana terlalu percayakan GPS

Menerusi laporan The Pattaya News, pada jam 5.40 petang, seorang penduduk dari Wiang Thong, Phrae, bernama Makun Inchan terkejut melihat sebuah kereta Honda City tersangkut di jambatan.

Jambatan itu sebenarnya dibina untuk pejalan kaki, bukan untuk kenderaan. Makun kemudian menghubungi petugas kecemasan setelah mendengar pemandu kenderaan tersebut meminta pertolongan.

Kereta putih itu tersangkut selepas 15 meter melalui jambatan, dengan tayar kiri hadapan terperangkap di celah kayu jambatan.

Wanita itu dalam perjalanan untuk bertemu rakannya

Pasukan kecemasan menggunakan dua traktor untuk menarik kembali kenderaan tanpa kerosakan.

Semasa diwawancara, pemandu Thailand dari daerah Nong Muang Khai mengatakan bahawa dia dalam perjalanan ke Sung Men untuk bertemu dengan rakannya.

Wanita tersebut juga menyatakan bahawa sebelum ini, dia hanya bergantung pada sistem GPS untuk sampai ke destinasi yang dihantar oleh rakannya.

Image via The Pattaya News

“Saya hanya fokus pada GPS tersebut dan tidak melihat keadaan sekeliling. Saya sangka jambatan itu kukuh dan sering digunakan oleh orang lain. Ketika saya tersangkut, saya sangat takut kerana berada di tengah-tengah Sungai Yom.

“Saya juga bimbang jika kereta tersebut jatuh ke dalam sungai, maka saya keluar dari kenderaan untuk mendapatkan bantuan,” kata wanita itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment