seismik

Kecewa Laporan Tak Dilayan, Lelaki Ini Tanam Pokok Pisang Tutup Jalan Yang Berlubang

Difahamkan, kejadian itu berlaku di jalan raya antara Kilometer 117-118 Sandakan ke Lahad Datu.

Cover image via Mahathir Aripin (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu jalan berlubang yang tiada kesudahan di Sabah sering menarik perhatian warganet seluruh negara

Baru-baru ini, tular di Facebook yang memaparkan seorang penduduk di Sabah, Mahathir Aripin, baru-baru ini menjadi tajuk utama apabila beliau mengambil pendekatan proaktif untuk menangani isu jalan berlubang.

Dia dilihat memuat naik gambar sebatang pokok pisang yang ditanamkan di sebuah jalan raya yang berlubang itu. Rata-rata netizen menyifatkan ia sebagai sindiran pedas kepada jabatan bertanggungjawab menjaga dan memastikan jalan raya di Sabah dalam keadaan baik.

Walaupun pilihan yang dibuat amat berisiko tetapi membuahkan hasil

Beliau yang kecewa dengan banyaknya laporan yang dibuat tetapi satu pun tidak diendahkan, Aripin telah memutuskan untuk mengambil jalannya sendiri yang akhirnya membuahkan hasil.

Dia meluahkan rasa simpati kepada pengguna jalan raya yang perlu berhadapan dengan masalah jalan berlubang.

 “Kalau sda (sudah) ada hasil nt (nanti).. beli tar sendiri untuk tutup tu lubang… kasian bah pengguna jalan raya.” katanya dengan nada bergurau.

Lubang itu ditutup dan diperbaiki pada hari yang sama

Pihak kementerian mengesahkan bahawa lubang yang ditutup pokok pisang oleh Aripin telah diperbaiki pada hari yang sama.

Bagaimanapun, mereka turut mengingatkan orang ramai bahawa hujan berterusan di kawasan itu mungkin menjejaskan kerja-kerja menampal.

Walaupun menghadapi cabaran cuaca, kementerian memberi jaminan kepada pengguna jalan raya bahawa syarikat konsesi akan berusaha untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: