seismik

[VIDEO] Bapa Cekik Guru Kerana Berang Anak Dipukul Kantoi Merokok Ditahan Polis

Difahamkan, bapa kepada pelajar itu tidak dapat menerima penjelasan daripada guru tersebut yang membuatkannya bertindak agresif.

Cover image via Sinar Harian & Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi lumrah, ibu bapa pasti akan back up anak tidak kira apa sahaja situasi, namun jika anak itu melakukan sesuatu yang salah, mereka perlulah bertindak secara rasional

Namun, lain pula yang terjadi di Kota Kinabalu. Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X, seorang bapa ditahan polis selepas mengugut guru dalam kejadian di sebuah bangunan sekolah gara-gara mengambil tindakan terhadap anaknya yang dikatakan merokok di kawasan sekolah.

Menerusi laporan Sinar Harian, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan kerana mengamuk susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pengadu berusia 40 tahun yang juga guru sekolah tersebut telah dimaklumkan oleh pelajarnya bahawa terdapat pelajar lain merokok di dalam tandas.

Bapa pelajar tersebut tidak dapat menerima dan terus memaki hamun

"Pengadu kemudian terus ke tandas untuk membuat pemeriksaan dan terhidu bau asap rokok selain terdapat tiga pelajar berada di dalam tandas tersebut," kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.

Selepas dia dicekup oleh guru itu, pelajar tersebut dikatakan sempat menghubungi bapanya yang kemudiannya datang ke sekolah dan cuba menyerang guru terbabit.

"Pengadu mahu membawa pelajar ke bilik dislipin tetapi pelajar tersebut bertindak agresif dan hasil pemeriksaan pada beg pelajar itu telah menemui satu kotak rokok," katanya lagi.

Tambah Mohd Zaidi lagi, tidak lama kemudian bapa pelajar tersebut telah datang ke sekolah dalam keadaan marah dan turut mempersoalkan kenapa guru pelajar itu memukul anaknya.

"Guru berkenaan menerangkan kejadian sebenar membabitkan pelajar itu namun bapa terbabit tidak dapat menerima dan terus memaki hamun serta mengamuk di dalam kawasan sekolah.

“Bagaimanapun, suspek tidak dapat menerima penjelasan tersebut dan dikatakan bertindak agresif termasuk menolak dan mencekik guru berkenaan sehingga hampir terjatuh," katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: