seismik

Tular Video Anjing Bertuan Ini Bertindak Agresif Serang & Gigit Pelajar Sekolah

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Cover image via mynewshub (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit dan lima saat yang memaparkan dua murid perempuan diserang dan digigit seekor anjing bertuan di sebuah kawasan taman perumahan di Seberang Perai, Pulau Pinang

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, kelihatan kanak-kanak itu sedang berjalan kaki di hadapan deretan rumah teres dipercayai ingin menuju ke sekolah.

Namun, secara tiba-tiba seekor anjing menerpa keluar daripada sebuah rumah dan terus menyerang salah seorang mangsa.

Kelihatan kanak-kanak itu terjatuh akibat ditarik oleh anjing berkenaan sebelum seorang individu dipercayai pemiliknya datang cuba menghalang haiwan terbabit.

Individu dipercayai pemilik anjing itu didakwa gagal menghalang haiwan agresif berkenaan

Kelihatan pemilik anjing terbabit menjerit dan cuba menghentikan tindakan haiwan peliharaannya, namun didapati anjing miliknya terus menyerang dan menggigit pelajar sekolah terbabit hingga mangsa jatuh beberapa kali.

Seorang lagi pelajar menyelamatkan diri dengan menyorok di belakang sebuah kenderaan.

Insiden itu disedari seorang penunggang motosikal wanita yang melalui kawasan terbabit yang kemudian membantu pelajar perempuan berkenaan.

Bagaimanapun, anjing itu terus bertindak agresif sebelum seorang jiran lelaki cuba membantu menghalau anjing berkenaan dengan menggunakan sebatang kayu sebelum keadaan dilihat kembali terkawal.

Image via mynewshub (X)

Pemilik anjing pindahkan haiwan terbabit ke pusat perlindungan di Butterworth

Menerusi laporan Buletin TV3, dalam satu kenyataan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kompaun terhadap pemilik selain melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat, di sini, semalam.

Jelas kenyataan itu, anjing yang dilaporkan telah dipindahkan oleh pemilik ke satu pusat perlindungan haiwan di Butterworth.

“Oleh itu, MBSP akan melaksanakan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai lokasi sebenar anjing terbabit berada dan tindakan dengan mengeluarkan kompaun menyebabkan kacau ganggu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada pemilik akan diambil.

“Manakala mengenai kes gigitan anjing, perkara ini adalah dibawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan mangsa dinasihatkan untuk membuat rawatan dan pemeriksaan susulan di klinik atau hospital berhampiran.

“Kes ini akan disalurkan kepada pihak JPV untuk tindakan lanjut di bawah Protokol Veterinar Malaysia,” katanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Alahai, takut betul ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: