Abang JPJ Ini Jelaskan Akibat Berdegil Tak Hadir Pemeriksaan Kenderaan Lepas Dapat Notis
Haa, mesti ramai yang tak tahu jadi jom ambil tahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sudah menjadi satu hobi buat para pencinta automotif untuk memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lebih cantik atau lain daripada yang lain
Bagaimanapun, bukan semua modifikasi yang dilakukan itu dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan JPJ mempunyai kuasa untuk memberi notis arahan pemeriksaan kenderaan kepada kereta yang tidak mematuhi undang-undang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang anggota JPJ Nasroul menjelaskan tindakan yang akan diambil jika seseorang menerima notis pemeriksaan tetapi mengabaikannya dan dia turut menegaskan bahawa menerima notis tersebut tidak semestinya akan berakhir dengan saman.
Hadir ke JPJ hanya untuk semak semula sahaja
“Sebenarnya ramai salah faham, bila dia terima notis itu dia ingat semua saman macam ada nilai yang perlu dibayar, tapi sebenarnya bila kita terima notis pemeriksaan di bawah Seksyen 61 itu, arahan periksa selalu akan bagi tempoh dalam 10 hari.
“Jadi apa yang perlu dibuat adalah hadir ke JPJ mengikut apa yang kita ‘highlight’ . Buat pembaikan, hadir ke JPJ dan kita akan semak semula, tiada sebarang saman akan dikeluarkan,” jelasnya.
Menurutnya, jika seseorang tidak membawa kenderaannya untuk pemeriksaan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan disaman.
“Bila dah bagi saman, baru kita bagi tempoh kompaun berkala. Contohnya, motosikal bermula RM40, RM70 sehingga RM120, manakala kereta pula bermula RM100, RM150 sehingga RM200.
“Pada tarikh terakhir sekiranya pemilik kereta masih tidak hadir kita akan bawa ke mahkamah dan kita akan mohon untuk senarai hitam. Jadi pemilik-pemilik yang tidak hadir ini akan disenarai hitam kenderaannya, roadtax tak boleh renew,” jelasnya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!